-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Friday, May 6, 2016

Layakkah aku mencintai orang soleh?

                Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi ini. Aku potretkan semua layar pemandangan ini di atas sebuah kanvas suci. Ya, melukis adalah kegemaranku sejak berada di negara orang ini.

‘Subhanallah, belum pernah ada lagi anak Melayu yang melukis secantik kau di London ini.’ Dari belakang sahabatku Nasihah datang menyapa.

‘Mana ada, aku biasa saja.’ Aku sambut kedatangan Nasihah dengan secalit senyuman dan huluran salam mesra. Lantas, menjemputnya duduk di sebelahku.

‘Anisah, kenapa kau datang London semata-mata untuk belajar Bahasa Melayu?’ Nasihah memecah kesunyian.

‘Nas, kau tahu, aku sukakan dunia kesusateraan. Kerana itu juga aku tinggalkan Malaysia untuk belajar Bahasa Melayu di sini.’

‘Mengapa tidak di Malaysia saja?’ Aku senyum.

‘Kerana disini sumber sejarahnya terpelihara. Zaman ketika potugis menjajah Tanah Melayu dahulu, segala kitab kita dibawa tentera portugis ke negara mereka. Aku boleh lihat secara jelas. Di sini juga, mereka yang menuturkan Bahasa Melayu amat menghargai dan menyantuni bahasa kita, Nas.’ Panjang lebar peneranganku.

‘Haha. Aku tahu itu juga. Kau bagiku adalah gadis Melayu terakhir walaupun kau berdarah kacukan Inggeris. Baju kurung pun kau kekalkan ketika di London ini. Cuma…’

‘Cuma aku tak bertudung?’ Aku diam seketika. Beberapa kali Nasihah menarik nafas. Sesekali dia mengeluh.

‘Anisah, kau istimewa. Warisan Melayu kau kekalkan. Cuma syariat Islam perlu bersatu dengannya.’ Tangan Nasihah diletakkan di atas bahuku. Sebenarnya seminggu sebelum aku pulang ke London, abah sudah meminta aku untuk bertudung. Aku tidak sesekali melawan. Namun aku idak memberikan jawapan.

‘Nas, aku nak pakai tudung. Tapi London ini cukup untuk runtuhkan iman aku.’ Aku tunduk. Malu sebenarnya menyatakan hasrat. Nasihah menggenggam erat tanganku.

‘Bukankah aku ada di sampingmu?’ Senyum.
_________________________________________________________________________________

                Minggu ini aku dan Nasihah membeli-belah bersama. Nasihah bakal dirikan sebuah masjid bersama seorang pensyarah fizik di universiti yang sama. Aku tahu sememangnya Nasihah meminati subjek fizik, tetapi tak aku sangka rupanya pensyarah itu juga diminatinya. Nasihah dan aku berhenti di sebuah kedai pakaian arab.

‘Mengapa kau pilih yang singkat? Tudungmu labuh.’ Aku hairan kerana Nasihah mengangkat tudung yang agak singkat.

‘Bukan aku, kau yang kena pakai ini. Kau cuba dulu sebab ayah aku panggil di luar.’ Aku jadi kaget. Belum pernah aku pakai lagi tudung sebelum ini. Aku cuba tudung yang dipilih Nasihah. Ternyata, rupaku indah sekali. Aku suka imejku yang bertudung ini. Seorang lelaki berjubah putih di belakangku melihat aku. Agak lama kami bertentang mata.

‘Astaghfirullah.’ Perlahan istighfar yang dilafazkannya. Aku menjadi malu lantas aku tunduk. Dari sosok tubuh dan matanya yang berwarna coklat, aku tahu di orang Malaysia. Berlainan dengan aku yang berdarah kacukan Inggeris ini, tidak sama seperti perempuan Melayu yang lain. Mataku biru.

‘Puan boleh cuba tudung di bilik sana. Cerminnya lebih besar.’ Bicaranya lembut diselit senyuman.

‘Tak mengapa. Saya sudah cuba di sini dan nampaknya sesuai dengan saya. Saya mahu 3 helai tudung yang sama dengan ini. Saya bukan puan,belum bersarung cincin lagi’ Lelaki itu mengangguk dengan tersenyum manis. Baru aku tahu namanya Muslih berdasarkan tanda nama dari bajunya. Aku membayar harga tudung.

‘Semoga Allah bantu cik…’ Muslih berhenti berbicara sambil menunjukkan padaku.

‘Anisah’ Aku menyambung .

‘Semoga Allah bantu cik Anisah untuk berhijrah.’ Muslih menguntumkan senyuman buatku.

‘Anisah!! Kita perlu pulang segera. Cepat! Tinggalkan dahulu barang-barang itu.’ Nasihah tiba-tiba muncul dari pintu utama kedai.

‘Cik Anisah tinggalkan nombor telefon. Nanti saya hantarkan ke rumah cik Anisah.’

‘Baik, terima kasih Muslih.’ Dahi Muslih berkerut. Mungkin terkejut bahawa aku mengetahui namanya.

‘Tanda namamu, Muslih. Assalamualaikum.’ Hampir tergelak aku dibuatnya.
_________________________________________________________________________________

                Bibit-bibit perkenalanku bersama Muslih semakin berbunga sejak dia hantarkan tudung yang aku beli tempoh hari. Dia serta Nasihah yang selalu mendampingiku dalam mengajar erti Islam. Aku mula mengenal Islam semula. Aku Muslim, tapi aku tidak faqih dalam beragama. Terkadang, terbit perasaan cinta dari lubuk hati yang dalam. Namun, aku tepis jua segalanya. Layakkah aku mencintai orang-orang soleh seperti Muslih.

Anisah,
                Apakah kau masih lagi sudi untuk mengingati aku walaupun pertemuan kita sudah tidak lagi bertamu sejak 2 purnama ini? Maafkan aku, sejak tugasku sebagai presiden persatuan banyak mendesakku. Juga tanggungjawab yang aku galas ini banyak mengehadkan waktuku. Namun, jangan kau risau. Aku pasti akan kembali ke sisimu jua. Di negara barat ini, aku mahu pancarkan cahaya iman, agar Islam menjadi suatu kemenangan yang tertinggi. Jadilah wanita syurga, Anisah. Tetaplah dengan tuntutan agamamu.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Muslih

                        Surat terakhir yang aku terima dari Muslih sepurnama yang lalu, aku sisip kemas di dalam almari. Kini, genap 3 bulan aku tidak bertemu Muslih. Dia tidak punya waktu. Untuk mengajarku, apatah lagi untuk bertemu seperti dulu. Tugasnya besar. Beban yang dipikulnya berat. Aku mengerti. Dan inilah harga yang perlu aku bayar untuk berpacaran dengan presiden persatuan. Tapi, aku juga manusia. Yang ingin selalu di dampingi. Memikirkan dua insan yang kini tiada di sisiku, menambahkan pedih luka di siat-siat kembali. Semakin parah.

‘Anisah, cukuplah termenung. Lupakan Nasihah kerana dia takkan kembali lagi.’ Marie teman sekuliahku memujuk.

‘Dia temanku, dia sahabatku, dia segalanya. Bagaimana mungkin aku akan lupakan permata Islam seperti dia?’ Air mata mengalir deras mengenangkan permergian Nasihah yang terlebih dahulu bertemu tuhannya.

‘Jika dia pergi, apakah dia pergi bersama tuntutan agamamu? Muslih yang kau tidak bertemu sejak 3 bulan dahulu, adakah dia pergi membawa jati diri agamamu? Apakah kau menyerah begitu sahaja? Pakailah hijabmu, Anisah.’ Marie sarungkan tudung di kepalaku dan beransur pergi. Aku menangis semahuku. Aku pegang erat potret Nasihah yang manis bertudung labuh. Aku tatap seolah-olah dia bersamaku kini.

‘Nas,mengapa kau pergi dulu? Sebelum aku kuat untuk sendirian?’ Saban hari aku menangis di pinggir sungai ini. Pinggir sungai ini, tempat yang paling digemari Nasihah. Segala momen indah menari-nari di layar mataku. Masih terasa pemergian Nasihah hingga kini. Muslih pula lama benar dia tinggalkan aku, khabar berita langsung aku tidak jejaki.

‘Nas, aku sendirian di sini. Aku tak ada kau, aku tak ada Muslih. Dia…’ Aku berbicara sendirian sambal air mataku tak henti-henti mengalir.

‘Aku ada di sini.’ Aku lantas toleh ke belakang dan aku lihat satu susuk tubuh berdiri di situ.

‘Muslih!!’ Tangisanku meledak lagi. Dalam tangis sendu itu, aku peluk erat Muslih.

‘Muslih, mana kau pergi? Tidakkah kau tahu aku menderita di sini?’

‘Anisah…’ Muslih tolak perlahan tubuhku darinya. Tika itu baru ku sedari bahawa dia belum halal buatku.

‘3 bulan tidak kita bertemu. Kenapa kau begini? Jangan kau bersedih lagi, Anisah. Peganglah pada Islam, tapi bukan kerana aku. Aku tahu kau derita dengan pemergian Nasihah. Namun, jika aku juga tiada? Apakah kau akan kembali seperti dahulu?’

‘Aku derita, Muslih! Aku derita! Aku tak punya sesiapa di sini!’ Kepiluan mencengkam hatiku. Duri kepiluan tertusuk dalam sekali. Pedih. Tubuhku lemah. Seperti tidak ada sendi yang menyokong untuk berdiri. Aku menangis lagi tanpa ku hiraukan manusia di sekelilingku termasuk Muslih.

‘Anisah, aku ada…’ terhenti.

‘Di sampingmu.’
_______________________________________________________________________________          
                     Aku kini bertudung labuh dan berniqab. Muslih membantuku dalam perubahanku ini. 

‘Aku ingin sentiasa di sisi kau Muslih. Apakah tidak layak untuk aku mencintai orang-orang soleh sepertimu?’

‘Tidak, bahkan aku juga mencintaimu. Cuma aku takut tuntutanku yang besar mengabaikan tanggungjawabku sebagai suami.’

‘Muslih, kau yang mengajarku surah Muhammad ayat 9. Aku ingin menjadi sayap kiri seorang pejuang.’

‘Anisah, aku cuma… cuma takut kau bersedih lagi. Bagaimana jika aku tiada lagi kelak?’ Mimik wajah  Muslih berubah.

‘Aku In Shaa Allah kuat.’ Segaris senyuman aku hadiahkan pada Muslih.

                Urusan perkahwinanku telah diselesaikan oleh ayahandaku di Malaysia. Alhamdulillah, aku kini sah bergelar isteri Muslih. Srikandi kepada seorang lelaki. Sayap kiri kepada seorang pejuang. Walaupun masaku bersama Muslih terhad, namun ini adalah pengorbanan yang aku lakukan demi agamaku.

 Minggu lepas, Muslih mengetuai gerakan menentang kerajaan anti Islam bersama fakulti pengajian Islam yang lain. Sampai kini, aku masih belum mendapat khabar mengenainya. Aku yakin, Allah bersamanya.

‘Anisah!! Muslih kritikal.’  Allah. Apa lagi ujian berat yang aku tempuhi kali ini? Aku gagahi juga kaki melangkah ke tempat parkir. Kereta merah yang dihadiahi Muslih ketika perkahwinan aku bawa laju ke hospital. Muslih berada di zon merah. Sampai di zon merah, aku seka air mata. Aku tak mahu Muslih melihat sayap kirinya bersedih.

‘Assalamualaikum, kecintaanku.’ Aku memberi salam kepada Muslih. Tubuhnya terlantar di katil. Darah mengangalir tanpa henti dari tubuh pejuang ini. Namun, sisipan senyuman masih teguh di bibirnya.

‘Waalaikumussalam, srikandiku. Aku mohon ampun, kerna aku tak mampu laksanakan tanggungjawab untuk menjagamu serta ulamak kecil kita yang berada di dalam kandunganmu.’ Lemah suara Muslih. Satu per satu kalimah yang diucapkannya. Cukup susah. Aku genggam erat tangan Muslih lantas ku cium tangan suamiku dunia akhirat.

‘Sayang…’ Muslih usap lembut kepalaku. Tangannya menarikku terus dalam pelukan hangat seorang yang amat dicintai. Aku tewas. Aku tewas dengan air mata.

‘Muslih, apakah kerana dosa silamku, maka aku tidak layak mencintai orang soleh? Sepertimu?’ Air mata gugur deras. Aku pandang kasih wajah Muslih.

‘Jangan bicara begitu. Di mana pun aku, tetap aku adalah kecintaanmu. Jangan menangis lagi, sayang. Tidak bahagiakah dikau? Suamimu ini seorang pejuang Islam, dan kau adalah sayap kirinya.’ Muslih menyentuh lembut sekali pipiku.

‘Tetapi anak ini bagaimana, Muslih?’ Muslih semakin tenat. Para doktor bersedia untuk mengahadapi segala kemungkinan. Semuanya menghampiri Muslih. Aku pula menjauhkan diri dengan Redha. Tiba-tiba tanganku digenggam erat. Muslih.

‘Doktor, biarkan penghujung hidup ini, aku habiskan bersama bidadariku.’ Aku mencium dahi Muslih yang berdarah. Air mataku tumpah di wajahnya.

‘Sayang, didiklah anak kita dengan Islam. Aku mahu dia juga pejuang sepertiku. Aku mahu dia mencapai kegemilangan Islam yang paling tinggi.’ Dada Muslih berombak kencang.

‘Anisah, kau isteriku, kau cintaku, kau kasihku. Terima kasih atas segalanya, sayang.’ Air mataku tak berhenti mengalir. Biar aku tanggung kesedihan ini asalkan Muslih pergi dengan aman. Muslih semakin kritikal. Aku peluk tubuh Muslih.perlahan-lahan aku bisikkan kalimah syahadah di telinganya. Muslih menuruti kataku dengan penuh kepayahan. Akhirnya, sunyi. Dada muslih yang berombak kini sepi. Ketika itu, aku mengetahui bahawa Muslih, suamiku pergi menemui tuhannya ketika berada dalam pelukanku.

‘Terima kasih Ya Allah. Kau telah pinjamkanku insan yang soleh dalam hidupku. Walaupun sebentar, aku Redha dan bersyukur. Aku bangga menjadi isteri kepada pejuang Islam. Muslih, aku amat mencintaimu. Dan anugerah allah kepada kita, ulamak kecil ini akanku namakan sebagai Muhammad Faiz Ulya bin Muhammad Muslih. Kemenangan yang tertinggi!’







Posted by Unknown at 1:09 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, February 19, 2015

kekasih atau agama

Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis yang baik, ceria, pintar dan pandai menyanyi bahkan dikenali sebagai gadis yang pandai mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sewaktu kecil dia seringkali menyertai pertandingan nyanyian dan selalunya dia akan menyandang tempat pertama. Anis merupakan lulusan Sekolah Menengah Teknik Vokasional. Namun selepas itu, ibubapanya tidak mampu menyara kos pengajian untuk Anis meneruskan pelajaran ke menara gading dalam bidang kejuruteraan. Walaupun begitu, dia tetap bertekad untuk meneruskan cita-citanya. Dia membulatkan tekad untuk bekerja sebagai penyanyi. Hal ini adalah sebagai inisiatif untuk menampung perbelanjaan pengajiannya nanti kerana dia pandai menyanyikan lagu dari segala genre muzik. Anis memulakan kariernya itu dengan persembahan dari panggung ke panggung dan dari kafe ke kafe. Anis melakukan semua kegiatan yang dapat menambah wang pendapatannya dan menjulang namanya. Sehingga dia mulai dikenali ramai orang. Anis terus bekerja keras sehingga dia terlupa akan cita-cita yang dikejarnya. Semakin lama dia semaki  asyik dengan kariernya. Terus dia melupakan cita-citanya.
Suatu hari, Anis bertemu dengan seorang produser muzik di kafe, tempat Anis melakukan persembahan nyanyian. Produser itu menawarkan Anis untuk menyanyi di Amerika Syarikat. Dia juga mendapat tawaran biasiswa di Amerika dan banyak tawaran yang lain yang membuatnya kian terkenal dan kaya raya. Ibubapanya sangat bangga dengan pencapaian anaknya. Dengan kariernya sebagai penyanyi, nama Anis semakin melonjak naik. Ketika Anis diwawancara tentang masa lalunya, dia tak pernah malu-malu menceritakan kisah peribadinya dan keadaan keluarganya ke media massa. Kejujuran Anis tentang menceritakan masa lalunya ke media, membuat para peminat semakin mencintainya lantaran kejujuran yang ditonjolkan oleh Anis.
Selang beberapa bulan selepas Anis melonjak naik di Amerika,dia telah dilamar oleh seorang lelaki yang cukup terkenal dan popular di London. Lelaki itu bernama Christian. Sebelum ini, ramai yang cuba melamarnya. Baik dari golongan biasa hingga ke golongan artis dan VIP di Malaysia. Namun, tiada yang dapat menarik minat hatinya. Hanya Christianlah yang membuat Anis jatuh hati. Tetapi, Anis dan Christian berlainan agama. Anis saat itu sangat bimbang dan bingung atas permintaan calon suaminya itu. Christian menginginkan Anis untuk memeluk agama yang dianuti Christian. Di kesunyian malam dia berfikir, “Ku pilih kekasihku atau agamaku? Ya Tuhan.. aku sangat mencintainya”. Kerana kecintaannya yang sangat mendalam, dia rela murtad dan mengahwini Christian. Awalnya, ibubapanya tidak setuju. Tetapi, akhirnya bersetuju kerana ingin anak mereka bahagia. Setelah setahun mereka melayari bahtera perkahwinan, mereka dikaruniakan  seorang anak lelaki sangat comel. Menjadikan keluarga mereka semakin harmoni.
Disaat-saat kebahagiaan dalam keluarganya semakin mewangi, diam-diam Anis menaruh rindunya terhadap Tuhan di masa lalunya. Bahkan suaminya pun merasakan ada yang tidak kena dengannya. Saat demi saat, hari demi hari, dia selalu memikirkannya dan itu membuat batinnya terseksa. Kerana dia belum melihat laluan liku yang mesti ditempuh,Anis kemudiannya mendatangi seorang pakar psikologi. Hasil pemeriksaan pakar psikologi segera diketahui dan cukup membuatnya terkejut.
“Bagaimana hasilnya, Doktor?” tanya Anis gentar.
“Anda mengalami tekanan yang cukup berat kerana anda menyimpan semua perasaan anda sendirian tanpa meluahkan kepada sesiapa pun!” jawab doktor.
Setelah pemeriksaan itu, Anis tak ragu-ragu mengucapkan, “Aku ingin kembali ke Islam” ketika sedang makan malam bersama suaminya. Betapa marah suaminya mendengarkan permintaan Anis. Sebulan kemudian, mereka rasminya berpisah. Anis harus berpisah dengan suami yang sangat dicintainya itu dan yang Anis lebih terpukul adalah dia harus berpisah dengan anak kesayangannya “Jesson Christian”, hasil pernikahannya itu untuk diserahkan kepada Christian, bekas suaminya. Anis tak tahu langsung mengenai perundangan di negara itu tentang hak penjagaan anak.
Setelah mereka berpisah, Anis lantas kembali ke tanah air, Malaysia. Anis terus pulang ke Alor Setar, tempat baharunya. Kerana kedua ibubapanya telah berpindah kesana. Ibubapanya sangat memahami keadaan Anis dan mereka menerimanya dengan senang hati. Pada masa itu Anis merasakan berada dalam tahap hidup yang paling mencabar. Pengorbanan untuk meninggalkan dunia nyanyian yang dibangga-bangga. Rumah tangga yang didirikan selama empat tahun telah terkandas. Kegagalan berumah tangga yang dirasakannya sebagai pukulan jiwa yang amat berat.Setelah dia kembali kepada Islam, Anis merasakan jiwanya tenang, terasa kedamaian hinggap di hatinya. Dua ajaran yang pernah diyakininya, membuat Anis tahu mana agama yang baik untuk kehidupannya. Anis tetap akan memilih Islam sebagai agamanya. Hatinya berbicara sendirian. “Suara azan yang mengalun sering mengalirkan perasaan sejuk. Suara orang mengaji membuatku ingin menangis. Kenangan masa kecilku di Baling silih berganti muncul, saat itu aku belajar alif-ba’-ta dan belajar solat. Dan semuanya terputus kerana aku mengutamakan dunia.Alangkah bodohnya diriku. Memilih dengan nafsu bukan dengan iman”.
Anis kembali menjadi penganut Islam. Dia kembali menjadi Anis yang seperti dulu. Walau dia kaya, namun dia sangat sederhana. Dia sudahpun mulai memakai tudung semenjak dia membuka butik pakaian muslimah di Alor Setar. Usahanya sangat gigih, hingga butiknya sudah memiliki cabang di seluruh Malaysia. Perjuangan itu dia lalui dengan lancar. Namun, di celah kesibukannya dia tak pernah meninggalkan ibadahnya. Bahkan dia sering memanggil dari yayasan anak yatim untuk makan bersamanya di rumah.
Anis kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki yang banyak membimbingnya mengenal Islam. Lelaki itu berasal dari keluarga yang kuat pegangan agama. Dia adalah seorang ustaz yang agak terkenal di Kedah. Dia menjadi suaminya kerana mereka saling mencintai. Dan nama Anis Nabilah menjadi popular semula. Suaminya tak pernah melarang usaha yang dijalaninya. Kemudian hari-harinya mereka lalui dengan cinta sejati yang hakiki dan lebih lengkap. Perasaan jiwa yang damai dan sejuk. Cinta yang terhadap Tuhan, suami, ibu bapa dan anak-anak.

TAMAT
Posted by Unknown at 7:44 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, December 11, 2014

J.O.D.O.H......

Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk menjadi sempurna di matamu.. bawalah aku ke jalan yg diredhaiMu.. aku mahu bersama-sama dia menuju jalan cintaMu yg hakiki..

Ya Allah...
Seandainya dia kau takdirkan yang terbaik untuk menjadi imamku,untuk membimbing jalan hidupku,maka kau satukanlah hati kami di bawah teduhan kasihmu. Kau limpahkanlah kebahagiaan buat kami. Engkau maha mengetahui apa yang telah kau aturkan untuk hidupku.

Ya Allah...
jika cintaku Kau ciptakan untuknya, teguhkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan lembutkan rindunya...

Ya Allah...
jika hatiku Kau ciptakan untuknya.. penuhi hatinya dgn kasihMu.. terangi langkahnya dengan nurMu.. bisikkan kedamaian dlm kegelapan.. temani dia dalam sebuah penantian..

Ya Allah...
ku titipkan cintaku padaMu untuknya.. sampaikan rinduku padanya.. bimbinglah cintaku dan cintanya.. satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cintaMu.. sesungguhnya aku ingin bersama-sama dia kesyurgaMu...

tetapi Ya Allah..
andai dia bukan untukku, dan tidak pernah tertulis untukku di luh mahfuz, izinkan aku melupakannya buat selamanya..  dan bila mana aku harus mengingati dia yg bukan milikku, maka bantulah aku jauh dari rasa rindu yg teramat padanya..

andai ada kenangan antara kami yg mengikat diri, maka lupuskanlah dia dari ingatanku.. biarkanlah aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku utk terus setia dgn kasihMu.. hilangkanlah bayangnya dari mindaku ini

Ya Allah..
       payunglah aku dgn rahmatMu.. perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'mu... agar aku selamat dlm cintaMu..sesungguhnya aku tak mahu kerana cintaku padanya menyebabkan aku tidak menghirup harumnya wangian syurga…

Ya Allah...
andai dia benar bukan untukku... kekalkanlah kegembiraan dan kesejahteraan hidupnya juga.. hindarilah dia dari sebarang bala dan bahaya.. lindungi dia walau dimana dia berada.. jauhi dia dr orang yg ingin menyakitinya.. hadirkan insan yg benar2 ikhlas terhadap dirinya agar kebahagiaan selalu bersamanya.. moga suatu hari nanti Engkau akan membahagiakan aku sama seperti apa yg dia rasa....berikan aku kekuatan agar aku bahagia walau tanpa dirinya..

Ya Allah,
bantulah aku utk bersabar.. andai janjiMu terikat ada jodoh antara kami, pasti masa itu akan tiba.. aku tak mahu cinta ini hanyut begitu saja kerana cinta itu terlalu suci..ianya anugerah Ilahi.. aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku.. mengingatkan diriku saat aku terleka dari mengingatimu.. tetapi aku takut untuk meletakkan harapan yg terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yg menjadi pelengkap hidupnya... campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku mampu tersenyum disetiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku terasa sayu..

aminnn :))

Ya Allah,
rindunya aku... tapi aku tak mampu luahkan..dan aku tak mahu luahkan.. baru aku mengerti bahawa mencintai seseorang dalam diam itu sakit. Tetapi biarlah hatiku sakit, sebagaimana Saiyidina Ali yang mencintai Saiyidatina Fatimah secara diam-diam. Dan akhirnya Allah pertemukan jua mereka. Aku yakin bahawa cinta yang kutitip hanya dalam hati ini adalah jihad. Jihad menetang kehendak syaitan. Jihad menundukkan nafsu hati. Jihad membenteng zina hati.

Ya Allah...
redhakanlah aku dgn apa yg Engkau tentukan untukku ini.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui... sedangkan aku tidak mengetahui.. jika sudah tertulis dia bukan jodohku, maka Engkau buangkanlah perasaan yg ada dalam hatiku ini.. jika dia jodohku, maka Engkau kekalkanlah perasaan cinta ini.. jika benar dia bukan tercipta dari tulang rusuk kiriku, maka aku redha.. Engkau tentukanlah yg terbaik untukku.. jika Engkau sedang menguji aku, maka permudahkanlah ujian ini.. aku tahu sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu melampaui batas kemampuannya...

 aminnnn :")


Posted by Unknown at 10:37 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

IA

Ia yang hanya tertutup bisu,
Terbiar, tersisih tanpa secebis kasih saying,
Tatkala engkau memilih mereka,
Yang menawarkanmu mimpi dan khayalan,
Dalam fantasi dunia ilusimu.

Ia yang sering kau dengar keutamaannya dari orang soleh,
Tapi mengapa ia yang pertama sekali kau tinggalkannya,
Mengapa ia yang sering kau segan melihatnya.

Wahai hamba allah,
Tidakkah kau menyedari,
Ialah yang sejati menjadi pedoman hidupmu,
Ialah yang sejati menjadi petunjukmu,
Ialah yang sejati menjadi penolongmu.

Wahai hamba Allah,
Mengapa begitu mudah air matamu tertumpah?
Mengapa begitu mudahnya kalbumu tersentuh?
Tatkala seruling syaitan yang kau dengar,
Tatkala tombak insani yang menusuk jiwa insanimu.

Wahai hamba Allah yang telah tertutup kalbunya,
Wahai hamba Allah yang terlena dunia,
Wahai hamba Allah yang takbur,
Wahai hamba Allah yang alpa,
Jangan kau gelisah tatkala dunia meninggalkanmu,
Khuatirlah ketika kau lupakan ia,
Ia adalah Al-Quranul Karim,

Warkah cinta dari Ar-Rahim.
Posted by Unknown at 9:42 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ujian



Pernah aku merasakan kecewa dengan kehidupan
Kecewa dengan takdir yang mendatang.
Kadangkala aku merasakan tidak tertanggung ujian demi ujian yang hadir menjengahku.
Arrgghhh!!
Kenapa aku diuji sebegini? Kenapa aku yang perlu menghadapi ujian ini? Aku dah tak mampu nak tanggung... Ujian ini sangat berat untuk aku hadapi..Sakit tahu tak? Jiwa aku perit… pelbagai lagi rungutan yang aku lontarkan sendirian dalam monologku. Adakalanya aku sendiri tidak sedar apa yang aku tuturkan..
Saat satu demi satu dugaan dan masalah hadir, ku pujuk diriku dengan ayat-ayat cinta dari Allah ini.

" Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " 
( Al-Baqarah : 155 )

Allah SWT memujuk lagi dalam ayat berikutnya..


" Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya " ( Surah Al-Baqarah : 286 )


Kini baru kuyakini bahawa setiap ujian yang Allah lontarkan kepadaku merupakan tanda Dia menyayangiku. Setiap ujian itu adalah mengikut kemampuanku, Dia tahu sejauh mana kemampuanku. Hanya aku yang tidak sedar bahawa aku mampu merenangi lautan ujian itu. Mungkin masalah yang hadir ini melukakan hatiku, mungkin masalah yang dikirimkanNya ini menjadikan diriku lemah dan tak berdaya, mungkin masalah ini dirasakan sangat memilukan. Namun, aku sedar kenapa dia ingin mengujiku. Kata Habib Ali Zainal Abidin, “Allah usik hati kita dengan ujian, sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu mendengar kita memanggil namanya ‘YA ALLAH’.”

Dalam lautan hamba-hambaNya yang menumpang di bumi ini, Dia memilih aku untuk menghadapi masalah yang dirasakan sangat berat buatku. Dia sayang padaku, bila diuji barulah manusia kembali ingat kepada Tuhannya. Mungkin sekarang hatiku terluka namun aku baru sedar bahawa Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Setiap dugaan yang dihidangkan itu, pasti terselit hikmah yang tersembunyi. 

Baru aku mengerti. Apabila setiap masalah yang datang, kita hadapi dengan sabar dan tenang akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa kita. Kita adalah seorang yang bukan maksum, seorang yang pasti melakukan dosa-dosa. Sifat alpa dan leka sering menjadikan kita lalai dari mengingatiNya. Maka, peringatan berbentuk masalah inilah yang akan menyedarkan kita seterusnya kembali dekat padaNya.

Sabda Rasulullah SAW,

" Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan,  dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. " 
( Hadis Riwayat Muslim )

Satu kelebihan bagi diri kita ialah apabila hati mampu membina sebuah tembok. Tembok itu yang mampu menghalang daripada berfikiran negatif terhadap ujian Allah. Tembok yang menghalang diri daripada tertelan godaan syaitan dan hawa nafsu tatkala iman sedang lemah.
Firman Allah SWT,

" Boleh jadi engkau membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula  engkau menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tdak mengetahui "( Al-Baqarah : 216 )
Binalah dinding itu kerana sesungguhnya hidup adalah untuk diuji. Gembira juga ujian, sedih adalah ujian, marah juga ujian dariNya. Ujian dari Allah buat menguji bagaimana hamba-hambaNya setiap saat dan waktu. 


Saat diuji, pujuklah diri.. 
Ujian aku ini hanyalah sekelumit berbanding orang lain.
Allah pasti telah persiapkan sesuatu untukku..
Bersangka baiklah pada Allah SWT kerana Dia sepertimana sangkaan hamba-hambaNya..

Ukirkanlah senyuman kerana senyuman walau hatimu menangis hiba,
Kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan mu..

Selagimana engkau merasakannya perlu.   
Posted by Unknown at 7:58 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DAKWAH..

Shahrul memandang helaian kertas yang tercoret kalam.

" Kenapa ni Shahrul? "  Sapa Amri.

Shahrul terdiam. Sambil menyeka air mata yang menitis, dia menunjukkan tulisan yang dibacanya.

Pesan As-syahid Imam Hassan Al-Banna,

" Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada "


Masih terngiang-ngiang isi usrahnya bersama Ustaz Fahmi semalam, kerja-kerja mengislah manusia ini memerlukan pengorbanan diri yang amat tinggi, kerana tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Ini bagi mereka yang benar-benar meletakkan dakwah Islamiyah sebagai komitmen tertingginya. Begitu jugalah Allah meletakkan dia dalam kalangan hamba-hamba yang diberi keutamaanNya. Inilah Da’i yang sebenar-benarnya.

Shahrul sedih mengenangkan dirinya.

 "Apakah aku ini berada dalam kalangan mereka yang meletakkan komitmen yang tertinggi untuk jihad dan berjuang atas landasan dakwah ini? Aku masih banyak berdolak dalih, sehingga menyebabkan sahabat-sahabat lain terpaksa berkorban untukku.. Allahurabbi." Satu persatu mutiara jernih gugur ke bumi tempat Shahrul menuntut ilmu. Bumi Barakah Jordan.

Shahrul merintih dihadapan Amri.. Amri sendiri turut tersentuh dengan luahan hati sahabatnya. Lantas bahu Shahrul ditepuk Amri.

" In Shaa Allah Shahrul, aku pun terpukul apa yang Ustaz kata tadi. Kita hanya datang usrah, itu pun sekali sekala, tak konsisten. Program-program dakwah sangat banyak yang perlu penglibatan kita, dulu aku rasa aku taklah diperlukan sebab ramai lagi yang hebat-hebat. Setakat macam aku ni, rasanya macam tak effect apa pun. Tapi bila tengok Haikal, Azif, yang lain-lain tidur pun tak cukup, kerja-kerja assignment sama banyak dengan kita tapi masih tegar bagi komitmen dalam usrah,masih konsisten dalam usrah. Aku rasa tak ada hal untuk kita ikut jejak mereka.Tak apalah Shahrul,sama-sama kita berubah. Kita perlahan-lahan dan istiqamah, In Shaa Allah, Allah bantu perjalanan dakwah kita yang penuh liku " Panjang Amri berkongsi perasaannya.

Shahrul bertambah sedih mendengar luahan sahabatnya seolah-olah memahami gejolak perasaannya. Alhamdulillah dia ingin memberi KOMITMEN nya kerana dia tahu betapa mahalnya harga sebuah komitmen dalam gerakan dakwah Islam ini. 

" Thanks Amri sebab faham, aku nak berubah juga, aku nak beri yang terbaik dan buat yang terbaik semampu daya yang boleh. Untuk Islam ini, perjuangan kita hari ini untuk generasi akan datang. Besar atau kecil, hebat atau tidak itu bukan ukuran. Yang penting sejauh mana kita sudi bagi komitmen untuk bersama-sama menggerakkan dakwah ini. " Ujar Shahrul.

‘Uhibbuka Fillah’ Shahrul memeluk erat sahabatnya.

‘Uhibbuka Fillah Aidhan’ Amri membalas pelukan Shahrul.

Mereka berdua kembali bersemangat dan sedar bahawa DAKWAH ISLAM ini bukan tugas seorang atau dua orang tetapi tugas semua orang.Madrasah Tarbiyyah yang perlu dibina oleh setiap lapisan masyarakat. Sayangnya, bukan semua yang sudi memberi komitmen ini. 

" Aku tidak kisah akan pandangan manusia kerana yang paling aku kisah pandangan Allah. Kelak bila aku di hadapanNya kelak, Dia mengetahui inilah harga sebuah komitmenku kepada dakwah dan perjuangan ini. Ya Rabb, terimalah hamba menjadi pejuang agamaMu. " Doa Shahrul di dalam hatinya sambil melangkah dengan semangat!


" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "



(KH.Rahmat Abdullah)
Posted by Unknown at 3:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SAHABAT Seperjuangan


                                                                                       
Sahabatku,
Daerah kita daerah perjuangan,
Penuh dengan airmata dan mungkin juga darah,
Bumi berkat pernah menyaksikan perjuangan para mujahid,Jihad, sabar, istiqamah, thabat sentiasa meniti dibibir murabbi,
Dikau peyambung risalah tercinta ini,






Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah,









Sahabatku,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan,
Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan,
Namun perjuangan kita tiada noktahnya
Selamanya...









Sahabatku,
Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Dorongilah aku menjadi daie mulia,






Sahabatku,
Teman itu kadangkala seperti penawar,
Itulah sumber kekuatan kita,
Adakalanya seperti racun,
Melemahkan kekuatan kita,





Tapi...
Aku sering berharap,
Mendapat sahabat yang sejati,
Dunia dan akhirat

Moga ukhwah kita selamanya...
Selamanya....

Perjuangan kita masih belum selesai..







Posted by Unknown at 12:29 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  May (1)
      • Layakkah aku mencintai orang soleh?
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.