-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Thursday, June 19, 2014

Kasih Kerana Allah

Usai kerja untuk hari itu. Ainil menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera mengucapkan syukur. Terasa masih baru meninggalkan syarikat itu setelah beberapa bulan selesai menjalani latihan industri di situ, kini dia melangkah kembali sebagai seorang pekerja pula. Ketika masih ramai rakan yang belum mempunyai pekerjaan, Ainil sudah mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajarinya. Dia sangat bersyukur di atas nikmat rezeki itu.
Setelah hampir sebulan di situ, Ainil disapa Zafri, salah seorang pekerja di pejabatnya. Ainil tidak pernah menyapa Zafri ketika menjalani latihan industri dahulu. Menurut rakan sekerjanya, Zafri belajar di dalam bidang yang sama seperti Ainil. Ainil hanya mendiamkan diri. Tidak pula dia berminat untuk bertanyakan lebih tentang hal itu.
Jam sudah menunjukkan 5.35 petang. Dia bergegas mengunci pintu pejabatnya dan menuju ke surau. Ahh..masih belum Asar. Langkah kaki dihayun sepanjang- panjangnya. Tidak dipedulikan keadaan manusia di sekelilingnya. Dia menekan butang lift. Di dalam fikirannya hanya membayangkan tingkat 5, destinasi yang ingin ditujuinya .
Setibanya di sana, dia segera berwuduk dan menunaikan solat. Ainil sentiasa mencuba sebaik mungkin untuk solat di awal waktu namun adakalanya terlewat juga. Mujurlah, majikannya seorang Muslim yang prihatin tentang solat. Senang rasanya hati Ainil untuk bekerja di situ.
Ketika ingin pulang ke rumah, Ainil berjumpa dengan sahabat lamanya semasa di universiti. Tasneem namanya. Sejuk sungguh mata Ainil melihatkan penampilan  Tasneem yang menutup aurat. Cantik sekali. Adakala tercetus perasaan iri melihat betapa tawaduknya Tasneem menutup aurat. Tidak seperti dirinya yang masih terkial- kial mengenakan pakaian yang labuh dan longgar .
Hanya sebentar perbualan mereka pada petang itu. Tasneem mengejar masa kerana dia ingin menghadiri program Usrah . Ainil termangu di situ sendirian.
Duhai diri.. betapa luasnya jurang antara dirimu dan Tasneem.
Dulu, Ainil biasa- biasa sahaja orangnya. Sekelumit pun dia tidak peduli tentang menutup aurat. Walaupun orangnya biasa- biasa sahaja namun dia sentiasa bertudung. Pernah ketika usianya belasan tahun dahulu dia ditegur emak apabila sepupu lelakinya bertandang ke rumah namun dia tidak menutup kepalanya dengan tudung. Rentetan itu, dia memandang berat keperluan untuk menutup kepala namun bahagian aurat yang lain masih juga terbuka. Ainil masih belum mengerti makna menutup aurat ketika itu.
Bertahun lamanya Ainil begitu. Seiring hari berlalu, dia melihat terlalu ramai kenalan di sekelilingnya mulai berubah mendekati Allah.  Dia terdetik ingin tahu. Hati Ainil sendiri terasa terlalu jauh daripada ketenangan sebenar. Meskipun agamanya Islam namun Ainil bukan seorang muslim yang patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT. Masih terlalu banyak kekurangan pada dirinya yang mesti diperbaiki. Baginya, memenuhi amalan wajib seperti berpuasa, dan solat sudah mencukupi. Itu sudah membuatkan dirinya layak bergelar seorang Islam.
Bahkan tidak.. Ainil masih terlalu dangkal di dalam beragama. Dirinya masih terlalu jauh daripada mengecapi manisnya iman.
Ainil sentiasa berimpian untuk  menjadi seperti Tasneem. Baginya, Tasneem sempurna dalam beragama. Pernah disuarakan perasaan irinya melihatkan tawaduknya Tasneem menjaga batas-batas syariat namun Tasneem hanya tertawa kecil mendengarkan itu.
“Manusia hanya dibezakan dengan taqwa kepada Allah SWT. Tasneem pun tak sempurna, apa yang Ainil nampak hanya dari satu sisi diri Tasneem je. Tasneem pun masih berusaha untuk membaiki diri. Sejujurnya Tasneem kagum dengan Ainil. Ainil sangat istiqamah dan tabah. Tasneem tahu, saat Ainil buat keputusan nak berhijrah dulu, keputusan tu tak mudah. Namun, Tasneem bersyukur  tengok Ainil sekarang. Sepatutnya Tasneem yang iri dengan Ainil tau, bukan Ainil iri dengan Tasneem .”
allah, love, ukhwah, iluvislam
Hatinya dihambat rasa sebak dek kata-kata Tasneem. Terasa malu menaruh rasa iri kepada Tasneem. Ainil tunduk meneleku lantai. Dia cuba untuk menahan air matanya daripada gugur. Sungguh kata-kata Tasneem ada kebenarannya. Tidak mudah keadaannya apabila dia membuat keputusan untuk berhijrah dahulu. Mujahadahnya pahit namun segalanya berbaloi kini. Ainil sangat merasai nikmat kemanisan setelah berhijrah.
Ainil masih teringatkan ejekan rakannya tika dia mula menjinakkan diri dengan sarung kaki, tika dia mula melabuhkan tudungnya. Mereka berkata Ainil mencuba untuk menjadi ustazah. Tika itu Ainil masih terkial-kial mencari pakaian yang sesuai untuk menutupi auratnya dan kebarangkalian cara berpakaiannya tidak kena pada pandangan mereka. Sesekali Ainil jauh hati juga dengan kata-kata mereka namun dia tetapkan hati.
Bukan kerana mereka Ainil menutup aurat!
Ainil mengesat air mata yang mulai bertakung di tubir matanya.
“ Ukhuwah fillah ya ukhti,” tutur Tasneem sambil memeluk Ainil. Air mata Ainil kian mengalir deras. Kristal jernih itu tidak mampu ditahan lagi. Tersedu-sedu Ainil menangis di dalam pelukan Tasneem.
Ainil sentiasa tulus berdoa, semoga Allah SWT sentiasa melorongkannya ke jalan yang lurus. Seiring doa, Allah mudahkan jalannya. Digantikan pula rakan- rakan lama dengan sahabat- sahabat baru yang sentiasa mendorongnya untuk lebih taat kepada Allah SWT. Mudah rasanya hidup bersyariat.
Dia seperti berada di puncak kebebasan walaupun mata manusia yang memandang muslimah sepertinya ibarat terpenjara dek arus fesyen dunia. Terlalu kolot! Mungkin pada pandangan mereka menutupi aurat dengan berpakaian labuh dan longgar sudah sepatutnya ditinggalkan jauh namun hanya hati yang merasai manisnya iman tidak berpandangan sedemikian. Biarlah bertutup sempurna, hakikatnya hati terasa damai di dalam dakapan redha Allah SWT.
Mei 2013…
Saat Ainil mahu melangkah pulang dari tempat kerjanya, kedengaran namanya disahut daripada belakang.
Ainil menoleh ke arah suara itu.
“Oh kau Zafri. Ada apa panggil aku?”
Kelihatan Zafri tercungap- cungap menahan nafas. Penat benar lakunya Si Zafri menyaingi langkah Ainil.
“ Tak ada benda serius pun. Aku nak kau baca ni. Ambil la baca dulu,” ujar Zafri sambil menyuakan risalah itu kepada Ainil.
“ Risalah apa ni Zafri?” Kehairanan Ainil. Risalah kini bertukar tangan.
“ Kau baca la ye. Aku balik office dulu,” tergesa- gesa Zafri melangkah pergi tanpa sempat menerangkan apakah isi kandungan risalah itu  kepadanya.
Termangu-mangu Ainil. Hasrat untuk pulang kini terbantut.
Risalah yang sudah bertukar tangan dipandangnya lesu.
Ainil menyelak helaian demi helaian. Terlalu banyak risalah mengenai parti-parti politik yang bertanding di pilihan raya hadir menjengah saat ini. Masing-masing cuba mengangkat bahawa merekalah yang paling gah menjuangkan nasib bangsa dan agama dengan slogan yang pelbagai namun hakikatnya sesetengah daripada mereka hanya indah khabar dari rupa sahaja. Semakin dibaca semakin Ainil merasakan ada yang tidak kena pada risalah itu. Risalah itu ditutup cermat. Segera, matanya mencari Zafri. Dia ingin memulangkan risalah itu kepada Zafri kembali.
“Nah risalah ni Zafri. Tak nak la aku baca dah,” ujar Ainil sambil tangannya menghulurkan kembali risalah itu kepada Zafri.
Risalah itu kembali bertukar tangan.
“ Mana kau dapat risalah ni?” soal Ainil ingin tahu.
“ Aku dapat risalah ni masa sembahyang Jumaat tadi. Saja nak bagi kau baca. Nak tahu apa reaksi kau,” Zafri menerangkan.
“ Selamanya aku pilih Islam, Zafri,” tutur Ainil cuba menamatkan bicara.
“ Alhamdulillah,” Zafri melafazkan syukur tika mendengarkan butir bicara Ainil itu.
Zafri memandang kosong melihat Ainil melangkah pergi. Mukanya diraup perlahan. Saat itu, detik hatinya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.
“ Ainil..bukan aku insan terbaik untuk menjadi pengemudi bahteramu  namun ya Allah, jika benar dia untukku, semoga dimudahkan segalanya”
Posted by Unknown at 3:58 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

4 comments:

  1. kaklongdinaJune 27, 2014 at 3:54 AM

    Amboihh, kelas kau Sis Nabila ?
    *thumb ups*

    ReplyDelete
    Replies
    1. UnknownJune 28, 2014 at 12:46 AM

      hahaha... thanks nur irdina... ni ja yg mampu ana buat untuk myebarkan islam dalam wadah blog yg daif nih... moga Allah prmudahkan sgla liku2....

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
  2. Fafa JayAugust 1, 2014 at 10:00 PM

    cerita yang menarik... ana dah baca dah entri2 ni blog enti.. menarik sungguh.. mohon izin nak share entri enti di blog ana ya... ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. UnknownOctober 6, 2014 at 9:56 AM

      MasyaAllah... Silakan... Terima kasih sbb sama2 sebarkan... moga Allah murahkan rezki enti ya nurfahada...

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ▼  June (7)
      • Turn On & Off HATI
      • Derita Sebenarnya
      • Tegur Lillahi Ta'ala
      • SaKiT...
      • Kasih Kerana Allah
      • Sahabat Selamanya
      • Bicara Sang Hati
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.