Dari jauh kelihatan mereka berlari berkejaran... mengejar sebiji bola yang kecil... manusia sering bertelagah demi mengejar sebiji bola di arena sukan bola sepak... mana tidaknya... 22 orang manusia mengejar hanya sebiji bola untuk ditendang ke gawang gol...
Seorang pelajar sedari tadi gigih berlari mengejar bola... sekali pun... bola itu tidak pernah singgah di kakinya... namun... kegigihan yang bertandang di lubuk hatinya menghalang dirinya putus asa... terus mara megejar bola.. biarpun dia tahu yang kini dia hanya berada didalam perlawanan bola sepak yang tidak formal... hanya suka-suka...
Tanpa disangka...
Bola berjaya digelecek dengan kakinya... seolah-olah berjaya... si lelaki alpa, memejamkan mata sambil mendabik dada...
'ARRGGHHHHH!!' jerit si lelaki perlahan sambil menahan kesakitan. Dia tidak sedar bila dirinya jatuh menyembah tanah...Rakan-rakannya yang sedang menggelecek bola spontan berhenti dan menolong sang sahabat... ada yang membantunya bangun... ada yang mololong... ada yang terpaku... ada yang buat tak heran...
'Aduhhhh!! Sakitnya!!! Ya Allah...' getusnya dalam hati... dia cuba berdiri dengan bantuan rakannya... namun gagal... ada sedikit darah mengalir di lututnya lalu gugur jatuh ke bumi... Dicubanya gagahkan diri untuk bangun sekali lagi... namun, masih lagi gagal... ketika itu sudah hampir tiba waktu untuk makan malam...
biasanya makan malam akan dinikmati oleh para pelajar pada pukul 6.15 hingga 7.15...
Dari dewan makan, kelihatan beberapa orang pelajar mengangkat kerusi panjang berjalan ke arah si lelaki yang cedera... Dia perlu diangkat ke asrama untuk rawatan... Saat kerusi panjang yang diangkat beberapa sahabat itu sampai di hadapannya.... saat itu jugalah semua mata tertumpu kepadanya... melihat bagaimana sang sahabat hendak mengangkatnya ke atas kerusi itu seterusnya ke asrama... perlahan-lahan dirinya diangkat ke atas kerusi lalu dibawa ke kantin untuk makan sebelum dirawat di dalam asrama...
Mukanya berkerut menahan kesakitan... mungkin masih belum lega impak dari jatuh tadi...
Hai Lelaki.. .
Andai kau dapat mendengar bicaraku ini...
Andai kau dapat menafsir apa yang hendak aku katakan padamu...
Bermujahadahlah dengan kesakitanmu itu...
Tahanlah....
Kerana di hujungnya Allah akan balas kepahitan itu dengan kemanisan...
Kesakitan itu adalah kifarah (penebus dosa)
Hai lelaki...
Aku akan ingat kisahmu ini untuk ibrah bagi diriku...
Ya Allah...
Kau peliharalah lelaki ini di bawah rahmat mu...
"Rasa sakit ini hanyalah sementara, itu cuma cobaan saja dari Allah. Nabi dan para shabat saja boleh bertahan ditengah dugaan dan kesakitan yang begitu menyiksa. Rasa sakit ini adalah penghapus dosa. Semoga kesakitan mendatangkan hikmah untuk dirimu..."

kisah ni mcm pernah saya lihat.....hmmm
ReplyDeleteOuh.. ya kah? Mungkin kebetulan cerita yg doktor ais pernah lihat dgn cerita yg ana coretkan sama. Tapi apa yg cuba ana ketengahkan ialah ibrah nya. In Shaa Allah. Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke blog ni.😄
Delete