Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya…
“Ini perjuanganku, sahabat. Aku tak mampu mengangkat senjata menolong mereka di sana, jadi biarlah doa ini menjadi saksi kasih sayang dan persaudaraan seakidahku dengan mereka. Sahabat, perjuangan ini belum selesai.”
Seketika, Mariah mendiamkan diri. Perbualannya dengan teman sebiliknya, Khadija benar-benar mengusik kalbunya.Perbualan yang bermula apabila dia dan Khadija selesai menonton video tentang penderitaan rakyat Palestin dan Syria. Seolah-olah dia baru sahaja disajikan dengan berita itu.
“Sebenarnya kita yang melupakan mereka.Hakikatnya,perjuangan mereka tidak pernah selesai walaupun dunia Islam perlu disedarkan dengan darah mereka untuk kita membuka mata”.
‘Palestin, Syria,adakah ini suatu pengakhiran atau hakikatnya suatu permulaan?? Siapa sebenarnya yang lebih menderita?’
………………………… ………………………… …………………………………………………
…………………………
“Assalamualaikum adik.Apa khabar? Sihat?”
“Alhamdulillah,adik sihat. Adik rindu kak Mariah.”
Senyum. Anak kecil itu sentiasa tersenyum. Siapa yang tidak kenal Haura,anak kecil yang sudah enam tahun mendiami Rumah Darul Taqwa ditinggalkan ibunya sejak dia berusia sehari.
“Kakak, kawan-kawan cakap Haura anak luar nikah, ada penyakit a… apa tah. Semua kawan-kawan jauhkan diri dari Haura. Kak Mariah, anak luar nikah tu apa?”
Mariah sekadar tersenyum pahit, menutup kelukaan hatinya.Haura yang dikenalinya sejak dia berusia tiga tahun memang dikenali sebagai anak yang tidak jelas asal-usulnya oleh masyarakat. Masyarakat yang sama sejak dahulu. Kita takkan pernah berubah, menjatuhkan hukuman melebihi Pencipta sendiri!! Namun,apa yang dia kesali, pengaruhnya sampai kepada kanak-kanak seusia Haura. Haura, sungguh, kau memang tabah adikku. Siapa sangka di sebalik wajah comel itu, kanak-kanak itu turut menerima virus HIV daripada ibu bapanya sejak kecil.
“Kak, kak dengar tak apa Haura tanya?”
“Kak, kak dengar tak apa Haura tanya?”
Mengelamun dia sebentar. “Ya,kak Mariah dengar. Haura, walau siapapun Haura, di mata Kak Mariah, di mata Allah SWT, Haura tetap anak suci. Ingat tak apa pesan akak? Kalau kita buat apa yang Allah suka, Allah sayang pada kita. Walau satu dunia keji kita tapi Allah sayang kita,insyaAllah kita akan rasa cukup dengan kasih sayang tu. Haura ingat kan pesan akak tu?”
“Alhamdulillah,Haura ingat. Kak, Allah sayang Haura kan?”
“InsyaAllah, Haura sayang. Allah akan sayang pada setiap hamba-Nya yang ingat pada Dia, selalu buat apa yang Dia suruh.”
“Yeay, Allah sayang Haura. Kak, akak kata Allah sayang pada orang kecil-kecil macam Haura. Semalam, Haura tengok berita dekat televisyen. Orang macam Haura kena tembak, kena bunuh dekat Palestin, Syria..Haura sedih la kak. Allah tak sayang mereka ke kak?”
Tersentak. Pertanyaan Haura seakan menikam fikirannya.
“Haura, ingat tak apa Kak Mariah cakap, Allah uji sebab Dia sayang. Allah sayang kawan-kawan Haura tu sebab tu Allah ambil mereka dengan cara tu. Mereka mungkin meninggal dekat dunia, tapi hakikatnya mereka tetap hidup di sisi Allah SWT.”
“Ooo, macam tu Haura nak jadi macam mereka jugak la. Nanti Haura boleh jumpak Allah. Allah sayang Haura, tak macam kawan-kawan Haura dekat sini. Kak, nanti kita pergi Palestin dengan Syria ya? Haura nak selamatkan kawan-kawan Haura dekat sana. Boleh kan kak?”
Mariah sekadar tersenyum. Allah! Anak sekecil ini pun mampu mengeluarkan semangat pejuang yang mungkin sudah hilang dari diri kami, umat Nabi Muhammad S.A.W ketika ini.
“InsyaAllah, boleh sayang. Tapi sebelum tu,kuatkan diri dengan ilmu dan dan mantapkan iman kita. Umat Islam kena kuat kan?”
“Betul kak Mariah. Haura sayang kak Mariah sangat-sangat.”
“Akak pun sayang Haura. Akak pergi dulu ya sayang. Nanti akak jumpa Haura lagi.”
Islam, sesungguhnya perjuangan menegakkan agama ini tidak pernah mengenal batas usia dan tempat…
………………………… ………………………… …………………………………………………
‘Astaghfirullahalazim’. Kalimah itu sentiasa meniti di bibir Mariah. Mariah, siswi tahun pertama di Universiti Darul Iman itu. Baginya, hanya Allah sumber kekuatannya sepanjang perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu. Hakikatnya, dia juga sama seperti Haura, yatim piatu walaupun pada hakikatnya dia masih punya ibu dan ayah. Namun takdir Allah S.W.T, tekadnya untuk kembali pada fitrahnya, Islam ketika dia berumur 15 tahun membuatkan dia menjadi ‘yatim piatu’ sebelum masanya.
“Mama, Mary nak masuk Islam.”
Puan Adlyn terkejut mendengar permintaan anaknya. Tuan Jonathan pula sekadar merenungnya tajam. Baginya, permintaan Mary tidak masuk akal. Masakan anak itu ingin masuk Islam. Mengarut!
“Kenapa, Mary? Apa istimewanya Islam? Tak cukup ke dengan keistimewaan yang kita dapat dengan jadi atheis? Tak perlu bebankan diri ,fikiran dengan benda-benda rumit ni.” Tingkah Tuan Jonathan. Baginya, agama hanya suatu ritual yang dijalankan oleh orang-orang sekelilingnya.
“Tapi Mary merasai ketenangan dengan agama ini. Hakikatnya,agama Islam penuh dengan kesempurnaan yang kita sendiri tak mampu gambarkan dengan kata-kata. Itu istimewanya Islam pa.”
“Mengarut, Mary! Jangan kau bicara soal keistimewaan. Tengok sendiri tingkah orang Islam. Mengaku Allah itu sebagai Tuhan tapi mereka sendiri yang paling banyak melanggar perintah Islam. Lebih teruk dari orang yang tak beragama!”
“Tapi, pa, Mary nak kembali pada Islam kerana Mary tahu agama inilah yang Mary cari selama ini. Jawapan yang Mary nak, Mary jumpa dalam agama ini. Mary buat keputusan ni sebab Mary mengenali agama ni, bukan orangnya dahulu. Pa, izinkan Mary.”
“Terpulang pada kau, Mary.Hakikatnya, seandainya kau masuk Islam, jangan panggil aku papa lagi!”
“Papa!”
‘Pap’
“Ya Allah, Dija, kau ni kan, mesti nak terkejutkan aku lagi kan.”
“Jangan la marah Mariah.Kau termenung apa, sampai khusyuk aku tengok.”
“Takde apalah, aku cuma teringat kisah lalu.”
“Kisah lalu? Maksud kau?”
Mariah sekadar tersenyum, membiarkan soalan Khadija berlalu tanpa jawapan. Dia belum sedia membuka kisah itu lagi. Kisah kembalinya dia pada fitrah ini, kisah yang cuba dijadikan pedoman olehnya untuk melangkah menempuh kehidupan baru ini. Ya, terlalu baru dia kembali. Baru lima tahun.
“Takde apa-apalah. Kau dari mana ni?”
“Aku dari Mcd tadi. Nah,aku beli French fries kat kau. Makanlah.”
“Dija, kau tau kan prinsip aku.”
“Ish, kau ni, makan je la. Asyik-asyik dengan prinsip kau tu. Palestin, Syria, apalah. Apa istimewa sangat diorang tu dengan kau? Nak kata kau asal sana, tak pulak. Jangan radikal sangat, Mariah.”
“Aku bukan radikal Dija. Tapi ni prinsip aku dan aku rasa setiap orang Islam pun perlu pegang prinsip yang sama. Mereka saudara kita Dija, satu akidah, satu syahadah. Derita mereka sampai pada aku, Dija. Aku tak sanggup makan benda yang aku tau pada hakikatnya mungkin digunakan untuk bunuh saudara-sauadara kita di sana.”
“Jadi, kau nak kata aku pembunuh? Ala, kalau setakat makan benda ni, takkan banyaknya duit yang aku bagi dekat Zionis tu. Lagipun, hari tu kan dah ada kempen boikot, sebulan tau aku tinggal benda-benda ni, dah habis sebulan, aku makan la balik.”
“Tak bermaknanya sebulan tu Dija. Tak beri kesan pun. Dija, kita”
“Dah-dah, jangan nak bersyarah dengan aku pulak. Aku tau la apa yang aku buat. Jangan nak ajar aku pulak. Aku Islam lama dari kau.”
Mariah sekadar terpaku mendengar ayat terakhir Khadija. Air matanya seakan enggan berhenti mengalir. ‘Ya Allah, aku sayangkan dia, kerana-Mu.’
Allah
Allah
Allah
Sabda Rasulullah SAW,
Daripada Nu’man bin Basyir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas, kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
“Palestin ….Syria….saudara-saudara seislamku..maafkan aku…”
“Palestin ….Syria….saudara-saudara seislamku..maafkan aku…”
………………………… ………………………… …………………………………………………
Mariah mempercepatkan langkahnya. Risalah yang telah siap dicetaknya harus segera diedarkan.
“Apa ni, perjuangan umat Islam Pattani?”
Mariah menolehkan kepalanya apabila menyedari bahawa pertanyaaan itu ditujukan padanya.
“Ya, tentang masyarakat islam Pattani. Kenapa?”
“Tak, saya cuma hairan,jarang saya dengar orang berbicara tentang masyarakat islam Pattani.”
Mariah sekadar tersenyum.Ya, Pattani. Negeri lindungan duka yang sering ditinggalkan saudara-saudara seagamanya. Sekadar menjadi memori samar dalam fikiran saudara serumpun apatah lagi saudara pisahan benua dan ras.
“Ya, memang kita jarang mendengarnya tapi tak bermakna kita perlu melupakan mereka. Saudari faham kan?”
“Ya, saya faham. Terima kasih. Saya sendiri hampir terlupa tentang Pattani. Semua peristiwa ni yang benar-benar terjadi di sana la ya?”
“Ya, tentang Masjid Kerisik, peristiwa Tak Bai, penutupan sekolah-sekolah pondok di sana, ulama-ulama pula dibunuh setiap hari, dasar ‘pensiaman’ penduduk Pattani oleh kerajaan Siam. Semuanya peristiwa benar.”
“Ooo, lupa,saya nak tanya, awak ni ada kaitan dengan apa-apa organisasi kemanusiaan ke? Sebab saya kagum tengok usaha awak ni.”
“Taklah, saya hanya individu biasa. Tak semestinya saya perlu menyertai mana-mana persatuan nak kemukakan suara hati saya kan. Mereka saudara seakidah saya, awak dan berjuta-juta lagi penduduk Islam di dunia ni. Untuk menyampaikan kebenaran, kadang-kadang tak perlukan hujahan yang hebat, cukup sekadar pena yang menyampaikan. Kita perlu sampaikan ‘rasa’ ini pada masyarakat.”
“Betul-betul, saya setuju. Jadi, pada pandangan awak, selain bantuan kewangan,apa lagi yang perlu kita bagi?”
“Awak rasa bantuan kewangan mampu menyelesaikan luka dan penderitaan mereka?”
“Maksud awak? Jelaskan.”
“Baiklah, saya jelaskan. Agak-agak awak la, bantuan kewangan yang kita sampaikan pada negara-negara saudara kita ni dah mencecah berapa?”
“Entahlah, tapi saya rasa dah banyak. Setiap kali terjadi pergolakan dekat sana, setiap kali itulah bantuan kewangan akan disalurkan.”
“Seperti mereka hanya mengharapkan bantuan kewangan kita kan?”
“Bukan, tapi, entahlah,persoalan ini terlalu rumit. Jadi, bagi awak, apa solusinya?”
“Ok, macam nilah. Saudari kenal Haji Abdullah Sulong? Dr Aziz Rantisi?”
“Siapa tu?”
“Nah,di sinilah yang perlu kita sama-sama perbaiki. Kita hakikatnya hanya mengenal penderitaan luaran mereka tetapi hakikatnya kita tak pernah mengenali dan memahami penderitaan dalaman mereka.”
“Penderitaan dalaman? Maksud awak?”
“Penderitaan dalaman? Maksud awak?”
“Iya, penderitaan dalaman mereka. Kita beranggapan hanya bantuan kewangan yang mampu menyelesaikan masalah mereka walaupun sebenarnya kita hanya menyelesaikan penderitaan luaran mereka. Hakikatnya, dalaman mereka lebih parah berbanding luaran mereka. Kita mengenali mereka melalui mata kita bukan dengan mata hati kita. Sebenarnya,penderitaan dalaman merekalah yang perlu kita jaga dan kenali. Kenali dan hayati apa penyebabnya semua ini berlaku.”
“Maksud awak,kenali sendiri sejarah perjuangan mereka?”
“Ya,dengan mengenali merekalah kita akan lebih menghargai mereka, mampu menghayati penderitaan mereka.Ya,bantuan kewangan adakalanya penting dan saya tak perkecilkan usaha bantuan kewangan kerana ada nilainya di sisi Allah SWT, tapi awak tahu apa yang paling penting? Doa, ilmu dan iman.”
“Cukupkah sekadar itu?”
“Awak yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T?”
“Sudah tentulah. Saya orang Islam la…”
“Jadi, kuatkan kepercayaan Allah pada Allah S.W.T. Jangan pernah berhenti mendoakan mereka, kuatkan ilmu kita dengan ilmu dunia dan akhirat dalam perjuangan melawan musuh nyata dan tersembunyi dan mantapkan iman kita dengan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah SWT. Itu yang paling penting.”
“Ooo, barulah saya faham.Terima kasih, awak dah sedarkan saya. Jadi untuk masalah Pattani ni, metodenya juga serupa?”
“Ya, serupa, jangan hanya kita melihat yang jauh, kita terlupa yang dekat. Perjuangan membantu saudara-saudara kita merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dipikul setiap umat Islam.”
“Ya, saya tahu. Rupanya selama ini, kita betul-betul ‘dibutakan’. Oh, terlupa saya nak perkenalkan diri. Saya Raudhah, pelajar tahun pertama.”
“Mariah Abdullah.”
Ya, hakikatnya kita betul-betul ‘dibutakan’ daripada melihat yang nyata.
“Tapi Mariah, awak terlupa sesuatu.”
“Maksud awak?”
“Kadang kala semuanya bukan berpunca daripada ketidakalpaan kita. Bukan kita tidak peduli, tapi realitinya, kita di sini sebenarnya perlu lebih kuat bermujahadah. Jihad di sini lebih utama kan?”
“Ya, saya faham. Jihad menentang nafsu dan suasana jahiliah yang mencengkam. Umat Islam di sini lebih menderita kan?”
“Ya, lebih menderita. Di sana,mereka berjuang mempertahankan iman dengan musuh yang nyata,tapi kita di sini perlu mempertahankan iman dengan musuh yang kadangkala tersembunyi namun lebih berbahaya daripada musuh yang nyata. Penderitaan mereka nyata tapi penderitaan kita kadangkala kita sendiri tak sedari.”
“Ya, saya faham maksud awak.”
Mereka saling berbalas senyuman. Ya Allah, hakikatnya kami lebih menderita tanpa kami sedari!!
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka LEBIH RAMAI tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.
………………………… ………………………… …………………………………………………
Mariah
Khadija
Haura
dan …
Raudah
Sebenarnya cerminan diri kita sendiri..sama ada menjadi ‘Mariah’, ‘Khadija’, ‘Haura’ atau ‘Raudhah’ terletak pada diri kita sendiri. Kerana pada hakikatnya, manusia-manusia ini sentiasa ada dan dan wujud di sekelilling kita dan realitinya, kita mungkin salah seorang daripada mereka!!
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di seluruh dunia…dan juga di sini…

No comments:
Post a Comment