Di bawah rendangan rahmat,
Pandangan sirnaku tertancap,
Pada gumpalan awan hitam.
Aku bertatih di atas jambatan kasih,
Menuju ke destinasi cinta,
Ku damba sebutir hakikat relasi,
Dari hati seorang kekasih.
Aku sandarkan teguhnya tiang harapan,
Dalam penantian penuh kepastian,
Yang ku terima hanyalah segenggam kecewa,
Tertindik jauh di sudut hati.
Aku hilang arah tuju,
Dalam ekspedisi mencari erti kehidupan,
Aku tenggelam dalam kegelapan,
Sendirian dalam pautan nafsu.
Berbekalkan secebis nur dalam atma,
Mata khilafku terlihat,
Tabahnya seorang sahabat,
Menggapai tanganku yang berlumur noda,
Memimpinku menuju Mardhatillah
Gelintar merenggut segenap maya,
Kerana kini ku tulus mengerti,
Hanya takdir menemukan kita,
Ukhuwah kerana Allah kekal selamanya
.
UNIC-Sahabat Selamanya
Sahabat selamanya

