-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Friday, May 6, 2016

Layakkah aku mencintai orang soleh?

                Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi ini. Aku potretkan semua layar pemandangan ini di atas sebuah kanvas suci. Ya, melukis adalah kegemaranku sejak berada di negara orang ini.

‘Subhanallah, belum pernah ada lagi anak Melayu yang melukis secantik kau di London ini.’ Dari belakang sahabatku Nasihah datang menyapa.

‘Mana ada, aku biasa saja.’ Aku sambut kedatangan Nasihah dengan secalit senyuman dan huluran salam mesra. Lantas, menjemputnya duduk di sebelahku.

‘Anisah, kenapa kau datang London semata-mata untuk belajar Bahasa Melayu?’ Nasihah memecah kesunyian.

‘Nas, kau tahu, aku sukakan dunia kesusateraan. Kerana itu juga aku tinggalkan Malaysia untuk belajar Bahasa Melayu di sini.’

‘Mengapa tidak di Malaysia saja?’ Aku senyum.

‘Kerana disini sumber sejarahnya terpelihara. Zaman ketika potugis menjajah Tanah Melayu dahulu, segala kitab kita dibawa tentera portugis ke negara mereka. Aku boleh lihat secara jelas. Di sini juga, mereka yang menuturkan Bahasa Melayu amat menghargai dan menyantuni bahasa kita, Nas.’ Panjang lebar peneranganku.

‘Haha. Aku tahu itu juga. Kau bagiku adalah gadis Melayu terakhir walaupun kau berdarah kacukan Inggeris. Baju kurung pun kau kekalkan ketika di London ini. Cuma…’

‘Cuma aku tak bertudung?’ Aku diam seketika. Beberapa kali Nasihah menarik nafas. Sesekali dia mengeluh.

‘Anisah, kau istimewa. Warisan Melayu kau kekalkan. Cuma syariat Islam perlu bersatu dengannya.’ Tangan Nasihah diletakkan di atas bahuku. Sebenarnya seminggu sebelum aku pulang ke London, abah sudah meminta aku untuk bertudung. Aku tidak sesekali melawan. Namun aku idak memberikan jawapan.

‘Nas, aku nak pakai tudung. Tapi London ini cukup untuk runtuhkan iman aku.’ Aku tunduk. Malu sebenarnya menyatakan hasrat. Nasihah menggenggam erat tanganku.

‘Bukankah aku ada di sampingmu?’ Senyum.
_________________________________________________________________________________

                Minggu ini aku dan Nasihah membeli-belah bersama. Nasihah bakal dirikan sebuah masjid bersama seorang pensyarah fizik di universiti yang sama. Aku tahu sememangnya Nasihah meminati subjek fizik, tetapi tak aku sangka rupanya pensyarah itu juga diminatinya. Nasihah dan aku berhenti di sebuah kedai pakaian arab.

‘Mengapa kau pilih yang singkat? Tudungmu labuh.’ Aku hairan kerana Nasihah mengangkat tudung yang agak singkat.

‘Bukan aku, kau yang kena pakai ini. Kau cuba dulu sebab ayah aku panggil di luar.’ Aku jadi kaget. Belum pernah aku pakai lagi tudung sebelum ini. Aku cuba tudung yang dipilih Nasihah. Ternyata, rupaku indah sekali. Aku suka imejku yang bertudung ini. Seorang lelaki berjubah putih di belakangku melihat aku. Agak lama kami bertentang mata.

‘Astaghfirullah.’ Perlahan istighfar yang dilafazkannya. Aku menjadi malu lantas aku tunduk. Dari sosok tubuh dan matanya yang berwarna coklat, aku tahu di orang Malaysia. Berlainan dengan aku yang berdarah kacukan Inggeris ini, tidak sama seperti perempuan Melayu yang lain. Mataku biru.

‘Puan boleh cuba tudung di bilik sana. Cerminnya lebih besar.’ Bicaranya lembut diselit senyuman.

‘Tak mengapa. Saya sudah cuba di sini dan nampaknya sesuai dengan saya. Saya mahu 3 helai tudung yang sama dengan ini. Saya bukan puan,belum bersarung cincin lagi’ Lelaki itu mengangguk dengan tersenyum manis. Baru aku tahu namanya Muslih berdasarkan tanda nama dari bajunya. Aku membayar harga tudung.

‘Semoga Allah bantu cik…’ Muslih berhenti berbicara sambil menunjukkan padaku.

‘Anisah’ Aku menyambung .

‘Semoga Allah bantu cik Anisah untuk berhijrah.’ Muslih menguntumkan senyuman buatku.

‘Anisah!! Kita perlu pulang segera. Cepat! Tinggalkan dahulu barang-barang itu.’ Nasihah tiba-tiba muncul dari pintu utama kedai.

‘Cik Anisah tinggalkan nombor telefon. Nanti saya hantarkan ke rumah cik Anisah.’

‘Baik, terima kasih Muslih.’ Dahi Muslih berkerut. Mungkin terkejut bahawa aku mengetahui namanya.

‘Tanda namamu, Muslih. Assalamualaikum.’ Hampir tergelak aku dibuatnya.
_________________________________________________________________________________

                Bibit-bibit perkenalanku bersama Muslih semakin berbunga sejak dia hantarkan tudung yang aku beli tempoh hari. Dia serta Nasihah yang selalu mendampingiku dalam mengajar erti Islam. Aku mula mengenal Islam semula. Aku Muslim, tapi aku tidak faqih dalam beragama. Terkadang, terbit perasaan cinta dari lubuk hati yang dalam. Namun, aku tepis jua segalanya. Layakkah aku mencintai orang-orang soleh seperti Muslih.

Anisah,
                Apakah kau masih lagi sudi untuk mengingati aku walaupun pertemuan kita sudah tidak lagi bertamu sejak 2 purnama ini? Maafkan aku, sejak tugasku sebagai presiden persatuan banyak mendesakku. Juga tanggungjawab yang aku galas ini banyak mengehadkan waktuku. Namun, jangan kau risau. Aku pasti akan kembali ke sisimu jua. Di negara barat ini, aku mahu pancarkan cahaya iman, agar Islam menjadi suatu kemenangan yang tertinggi. Jadilah wanita syurga, Anisah. Tetaplah dengan tuntutan agamamu.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Muslih

                        Surat terakhir yang aku terima dari Muslih sepurnama yang lalu, aku sisip kemas di dalam almari. Kini, genap 3 bulan aku tidak bertemu Muslih. Dia tidak punya waktu. Untuk mengajarku, apatah lagi untuk bertemu seperti dulu. Tugasnya besar. Beban yang dipikulnya berat. Aku mengerti. Dan inilah harga yang perlu aku bayar untuk berpacaran dengan presiden persatuan. Tapi, aku juga manusia. Yang ingin selalu di dampingi. Memikirkan dua insan yang kini tiada di sisiku, menambahkan pedih luka di siat-siat kembali. Semakin parah.

‘Anisah, cukuplah termenung. Lupakan Nasihah kerana dia takkan kembali lagi.’ Marie teman sekuliahku memujuk.

‘Dia temanku, dia sahabatku, dia segalanya. Bagaimana mungkin aku akan lupakan permata Islam seperti dia?’ Air mata mengalir deras mengenangkan permergian Nasihah yang terlebih dahulu bertemu tuhannya.

‘Jika dia pergi, apakah dia pergi bersama tuntutan agamamu? Muslih yang kau tidak bertemu sejak 3 bulan dahulu, adakah dia pergi membawa jati diri agamamu? Apakah kau menyerah begitu sahaja? Pakailah hijabmu, Anisah.’ Marie sarungkan tudung di kepalaku dan beransur pergi. Aku menangis semahuku. Aku pegang erat potret Nasihah yang manis bertudung labuh. Aku tatap seolah-olah dia bersamaku kini.

‘Nas,mengapa kau pergi dulu? Sebelum aku kuat untuk sendirian?’ Saban hari aku menangis di pinggir sungai ini. Pinggir sungai ini, tempat yang paling digemari Nasihah. Segala momen indah menari-nari di layar mataku. Masih terasa pemergian Nasihah hingga kini. Muslih pula lama benar dia tinggalkan aku, khabar berita langsung aku tidak jejaki.

‘Nas, aku sendirian di sini. Aku tak ada kau, aku tak ada Muslih. Dia…’ Aku berbicara sendirian sambal air mataku tak henti-henti mengalir.

‘Aku ada di sini.’ Aku lantas toleh ke belakang dan aku lihat satu susuk tubuh berdiri di situ.

‘Muslih!!’ Tangisanku meledak lagi. Dalam tangis sendu itu, aku peluk erat Muslih.

‘Muslih, mana kau pergi? Tidakkah kau tahu aku menderita di sini?’

‘Anisah…’ Muslih tolak perlahan tubuhku darinya. Tika itu baru ku sedari bahawa dia belum halal buatku.

‘3 bulan tidak kita bertemu. Kenapa kau begini? Jangan kau bersedih lagi, Anisah. Peganglah pada Islam, tapi bukan kerana aku. Aku tahu kau derita dengan pemergian Nasihah. Namun, jika aku juga tiada? Apakah kau akan kembali seperti dahulu?’

‘Aku derita, Muslih! Aku derita! Aku tak punya sesiapa di sini!’ Kepiluan mencengkam hatiku. Duri kepiluan tertusuk dalam sekali. Pedih. Tubuhku lemah. Seperti tidak ada sendi yang menyokong untuk berdiri. Aku menangis lagi tanpa ku hiraukan manusia di sekelilingku termasuk Muslih.

‘Anisah, aku ada…’ terhenti.

‘Di sampingmu.’
_______________________________________________________________________________          
                     Aku kini bertudung labuh dan berniqab. Muslih membantuku dalam perubahanku ini. 

‘Aku ingin sentiasa di sisi kau Muslih. Apakah tidak layak untuk aku mencintai orang-orang soleh sepertimu?’

‘Tidak, bahkan aku juga mencintaimu. Cuma aku takut tuntutanku yang besar mengabaikan tanggungjawabku sebagai suami.’

‘Muslih, kau yang mengajarku surah Muhammad ayat 9. Aku ingin menjadi sayap kiri seorang pejuang.’

‘Anisah, aku cuma… cuma takut kau bersedih lagi. Bagaimana jika aku tiada lagi kelak?’ Mimik wajah  Muslih berubah.

‘Aku In Shaa Allah kuat.’ Segaris senyuman aku hadiahkan pada Muslih.

                Urusan perkahwinanku telah diselesaikan oleh ayahandaku di Malaysia. Alhamdulillah, aku kini sah bergelar isteri Muslih. Srikandi kepada seorang lelaki. Sayap kiri kepada seorang pejuang. Walaupun masaku bersama Muslih terhad, namun ini adalah pengorbanan yang aku lakukan demi agamaku.

 Minggu lepas, Muslih mengetuai gerakan menentang kerajaan anti Islam bersama fakulti pengajian Islam yang lain. Sampai kini, aku masih belum mendapat khabar mengenainya. Aku yakin, Allah bersamanya.

‘Anisah!! Muslih kritikal.’  Allah. Apa lagi ujian berat yang aku tempuhi kali ini? Aku gagahi juga kaki melangkah ke tempat parkir. Kereta merah yang dihadiahi Muslih ketika perkahwinan aku bawa laju ke hospital. Muslih berada di zon merah. Sampai di zon merah, aku seka air mata. Aku tak mahu Muslih melihat sayap kirinya bersedih.

‘Assalamualaikum, kecintaanku.’ Aku memberi salam kepada Muslih. Tubuhnya terlantar di katil. Darah mengangalir tanpa henti dari tubuh pejuang ini. Namun, sisipan senyuman masih teguh di bibirnya.

‘Waalaikumussalam, srikandiku. Aku mohon ampun, kerna aku tak mampu laksanakan tanggungjawab untuk menjagamu serta ulamak kecil kita yang berada di dalam kandunganmu.’ Lemah suara Muslih. Satu per satu kalimah yang diucapkannya. Cukup susah. Aku genggam erat tangan Muslih lantas ku cium tangan suamiku dunia akhirat.

‘Sayang…’ Muslih usap lembut kepalaku. Tangannya menarikku terus dalam pelukan hangat seorang yang amat dicintai. Aku tewas. Aku tewas dengan air mata.

‘Muslih, apakah kerana dosa silamku, maka aku tidak layak mencintai orang soleh? Sepertimu?’ Air mata gugur deras. Aku pandang kasih wajah Muslih.

‘Jangan bicara begitu. Di mana pun aku, tetap aku adalah kecintaanmu. Jangan menangis lagi, sayang. Tidak bahagiakah dikau? Suamimu ini seorang pejuang Islam, dan kau adalah sayap kirinya.’ Muslih menyentuh lembut sekali pipiku.

‘Tetapi anak ini bagaimana, Muslih?’ Muslih semakin tenat. Para doktor bersedia untuk mengahadapi segala kemungkinan. Semuanya menghampiri Muslih. Aku pula menjauhkan diri dengan Redha. Tiba-tiba tanganku digenggam erat. Muslih.

‘Doktor, biarkan penghujung hidup ini, aku habiskan bersama bidadariku.’ Aku mencium dahi Muslih yang berdarah. Air mataku tumpah di wajahnya.

‘Sayang, didiklah anak kita dengan Islam. Aku mahu dia juga pejuang sepertiku. Aku mahu dia mencapai kegemilangan Islam yang paling tinggi.’ Dada Muslih berombak kencang.

‘Anisah, kau isteriku, kau cintaku, kau kasihku. Terima kasih atas segalanya, sayang.’ Air mataku tak berhenti mengalir. Biar aku tanggung kesedihan ini asalkan Muslih pergi dengan aman. Muslih semakin kritikal. Aku peluk tubuh Muslih.perlahan-lahan aku bisikkan kalimah syahadah di telinganya. Muslih menuruti kataku dengan penuh kepayahan. Akhirnya, sunyi. Dada muslih yang berombak kini sepi. Ketika itu, aku mengetahui bahawa Muslih, suamiku pergi menemui tuhannya ketika berada dalam pelukanku.

‘Terima kasih Ya Allah. Kau telah pinjamkanku insan yang soleh dalam hidupku. Walaupun sebentar, aku Redha dan bersyukur. Aku bangga menjadi isteri kepada pejuang Islam. Muslih, aku amat mencintaimu. Dan anugerah allah kepada kita, ulamak kecil ini akanku namakan sebagai Muhammad Faiz Ulya bin Muhammad Muslih. Kemenangan yang tertinggi!’







Posted by Unknown at 1:09 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  May (1)
      • Layakkah aku mencintai orang soleh?
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.