Ya Allah, izinkan aku
mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang
yg sempurna, tetapi aku berusaha utk menjadi sempurna di matamu.. bawalah
aku ke jalan yg diredhaiMu.. aku mahu bersama-sama dia menuju jalan cintaMu yg
hakiki..
Ya Allah...
Seandainya dia kau
takdirkan yang terbaik untuk menjadi imamku,untuk membimbing jalan hidupku,maka
kau satukanlah hati kami di bawah teduhan kasihmu. Kau limpahkanlah kebahagiaan
buat kami. Engkau maha mengetahui apa yang telah kau aturkan untuk hidupku.
Ya Allah...
jika cintaku Kau
ciptakan untuknya, teguhkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan
lembutkan rindunya...
Ya Allah...
jika hatiku Kau
ciptakan untuknya.. penuhi hatinya dgn kasihMu.. terangi langkahnya dengan nurMu..
bisikkan kedamaian dlm kegelapan.. temani dia dalam sebuah penantian..
Ya Allah...
ku titipkan cintaku
padaMu untuknya.. sampaikan rinduku padanya.. bimbinglah cintaku dan cintanya..
satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cintaMu.. sesungguhnya aku ingin
bersama-sama dia kesyurgaMu...
tetapi Ya Allah..
andai dia bukan
untukku, dan tidak pernah tertulis untukku di luh mahfuz, izinkan aku
melupakannya buat selamanya.. dan bila mana aku harus mengingati dia yg
bukan milikku, maka bantulah aku jauh dari rasa rindu yg teramat padanya..
andai ada kenangan
antara kami yg mengikat diri, maka lupuskanlah dia dari ingatanku.. biarkanlah
aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku utk terus setia dgn kasihMu..
hilangkanlah bayangnya dari mindaku ini
Ya Allah..
payunglah aku dgn rahmatMu.. perindahkanlah
lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'mu... agar aku selamat dlm
cintaMu..sesungguhnya aku tak mahu kerana cintaku padanya menyebabkan aku tidak
menghirup harumnya wangian syurga…
Ya Allah...
andai dia benar bukan
untukku... kekalkanlah kegembiraan dan kesejahteraan hidupnya juga.. hindarilah
dia dari sebarang bala dan bahaya.. lindungi dia walau dimana dia berada..
jauhi dia dr orang yg ingin menyakitinya.. hadirkan insan yg benar2 ikhlas terhadap
dirinya agar kebahagiaan selalu bersamanya.. moga suatu hari nanti Engkau akan
membahagiakan aku sama seperti apa yg dia rasa....berikan aku kekuatan agar aku
bahagia walau tanpa dirinya..
Ya Allah,
bantulah aku utk
bersabar.. andai janjiMu terikat ada jodoh antara kami, pasti masa itu akan
tiba.. aku tak mahu cinta ini hanyut begitu saja kerana cinta itu terlalu
suci..ianya anugerah Ilahi.. aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku..
mengingatkan diriku saat aku terleka dari mengingatimu.. tetapi aku takut untuk
meletakkan harapan yg terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yg menjadi
pelengkap hidupnya... campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku
mampu tersenyum disetiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku terasa
sayu..
aminnn :))
Ya Allah,
rindunya aku... tapi
aku tak mampu luahkan..dan aku tak mahu luahkan.. baru aku mengerti bahawa
mencintai seseorang dalam diam itu sakit. Tetapi biarlah hatiku sakit,
sebagaimana Saiyidina Ali yang mencintai Saiyidatina Fatimah secara diam-diam.
Dan akhirnya Allah pertemukan jua mereka. Aku yakin bahawa cinta yang kutitip
hanya dalam hati ini adalah jihad. Jihad menetang kehendak syaitan. Jihad
menundukkan nafsu hati. Jihad membenteng zina hati.
Ya Allah...
redhakanlah aku dgn
apa yg Engkau tentukan untukku ini.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui...
sedangkan aku tidak mengetahui.. jika sudah tertulis dia bukan jodohku, maka
Engkau buangkanlah perasaan yg ada dalam hatiku ini.. jika dia jodohku, maka
Engkau kekalkanlah perasaan cinta ini.. jika benar dia bukan tercipta dari
tulang rusuk kiriku, maka aku redha.. Engkau tentukanlah yg terbaik untukku..
jika Engkau sedang menguji aku, maka permudahkanlah ujian ini.. aku tahu
sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu melampaui batas kemampuannya...
aminnnn :")






