-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Saturday, June 28, 2014

Turn On & Off HATI

Kisah hati.
Saif melangkah laju menuju ke dewan wawasan yang mengumpulkan semua pelajar tingkatan 3. Dia dan rakan-rakannya selaku Ahli Badan Dakwah sekolah ditaklifkan menjadi fasilitator.
Pelajar muslimat dan muslimin diasingkan. Secara depan dan belakang.
Kini tibalah slot “Muhasabah Hati” yang akan di'handle' olehnya. Selepas mengiringi ustaz yang memberikan pengisian utama merangkap ceramah tema makan tadi dia bergegas ke dewan.
Kelihatan sahabatnya selaku moderator, Akhi Akram.
“nampaknya orang yang dinanti telah tiba..”
Akram memandang aku yang menapak masuk kedalam dewan. Meniti anak tangga ke atas pentas. Mencuri perhatian semua peserta “Malam Membina Iman”. Aku tersenyum . tenang...
Terdengar beberapa sorakan,oleh beberapa pelajar yang sering aku tegur atas kesalahan adab dan akhlak. Mungkin mengejek ku atau benar-benar mengagumiku.
Yang muslimat ada berbisik sesama mereka. Entah apa yang diumpat aku tidak pasti. Kagum dengan ketampanan aku atau mungkin mengejek aku.
Mikrofon dihulurkan kepadaku. Beberapa fasi lain bangun memenuhi ruang tepi dewan. Kini aku bersendirian diatas pentas sederhana tinggi. Aku berdehem halus.

“wow! Exco Halaqah tu..feewit…”
“hensemnya!!!”
“orang thiqoh tu…”
aku tersenyum. Tenang. Cuba mengawal emosi.
“assalamualaikum semua..”
Berbagai nada salamku dijawab. Aku mengulangi buat kali kedua, dengan nada lebih tegas. Ada sedikit perubahan dalam nada menjawab salamku. Sekali lagi aku bertegas dan lantang sekali. Kelihatan masing-masing membetulkan kedudukan dan memjawab salamku. Senada dan sekata. Aku tersenyum.
Rekodku dimata pelajar adalah seorang yang tegas dan berilmu. Aku antara pelajar yang mendapat rekod kecemerlangan akademik. Dihormati. Tapi aku kekal begini. Sederhana adalah intipati hidup aku.
“Pemuda pemudi Islam perlu bersemangat! Perlu tegas dan berani bukan lembik dan main-main!!” aku memulakan bicara.
“InsyaAllah.. ana Saifullah Al-maslul.. akan bersama antum semua 60 minit..insyaAllah, kita akan adakan sesi 2 hala.. ana tak berhajat nak berbicara seorang diri.. sedang antum mungkin buat air liur basi.. so! Sebelum kita bermain.. mari sama-sama kita buka sesi “refresh hati” dengan ummul furqan Al fatihah..”
Aku menunduk seketika. Masing-masing menurut. Mulut terkumat-kamit menghabiskan al fatihah dengan tartil.
“ok..semua bersedia..”
aku merenung seluruh ruang muka yang sedang fokus kepada ku. Aku yang mengenakan jubah kelabu bersama kopiah putih memperkemaskan dirian. Aku selesa dengan uniform utamaku itu. Uniform program.
“sedia!!!” jawab mereka.
“boleh ana bercerita soal hati sekarang..???”
aku meminta keinzinan walaupun memang masa sekarang adalah hak aku untuk mengelolainya.
“boleh..” semua menjawab.
Kelihatan fasilitator yang lain memperkemaskan kedudukan, turut menanti kisahku..
“Bismillahirahmanirahim.. hayati ye..”
aku membetulkan kaca mataku diatas batang hidung mancungku. Agar selesa. Aku menarik nafas perlahan dan memulakan kisah hati.
“….ana ada satu kisah perihal hati.. satu hari, seseorang bernama “ikhlas” selalu bermain dan bergembira dengan “iman” dan “sayang”. Persahabatan mereka sangat erat dan utuh. Hal ini menyebabkan “benci” dan “riyak” iri hati. Mereka merasakan persahabatan antara ikhlas,iman.dan sayang begitu sukar untuk ditembusi. Mereka merancang sesuatu..” aku terdiam.
Semua peserta kelihatan ternanti-nanti. Aku mula senang hati.
“ riyak berbisik kepada benci supaya mendekati diri dengan sayang.. dan riyak sendiri akan berbaik-baik dengan ikhlas.. iman tu biarkan dulu.. biar dia terpinga-pinga seorang diri.. riyak dan benci tertawa.. agenda diteruskan.. masing-masing memainkan peranan..” aku meneruskan bicara.
“petang yang hening.. iman menghubungi ikhlas dan sayang untuk bermain seperti biasa.. malangnya, ikhlas dan sayang tidak menjawab panggilan iman.. iman kecewa.. dia berjalan ke taman seorang diri.. dia ternampak sayang dan benci..sedang bergurau senda.. ceria sekali.. iman menghampiri.. sayang kenapa panggilanku tidak dijawab..? soalnya.. sayang memandang iman dengan rasa yang sungguh meluat.. aku sudah ada kawan iaitu benci..jangan kau ganggu aku lagi.. iman menanggis dan berlalu pergi.. benci ketawa ceria.. iman berjalan ke tasik seorang diri.. dia ternampak ikhlas.. lalu ditegur, ikhlas kenapa tidak menjawab panggilan ku.. tiba-tiba datang riyak.. tepi kau iman..aku dan ikhlas telah menjadi kawan, sekarang dia tidak perlukan engkau lagi! Riyak menjeling kearah iman..mereka berlalu pergi.. iman menanggis dan terasa sangat kecewa.. lalu iman pulang ke rumah dan membaca al quran dan berzikir.. hatinya tenang.. iman terjumpa ayat..

Surah Ar Rad’ ayat 28
“ (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” hati menjadi tenang”
“ Iman menanggis. Dia merasakan ikhlas dan sayang telah melupakan kisah persahabatn mereka.. iman tidak marah kepada riyak dan benci Cuma kecewa dengan sikap mereka. Iman tahu dia kena kuat..sebab iman berkawan dengan sayang dan ikhlas kerana Allah..” saif terdiam.
Semua peserta diam. Memerhati dan menanti.
“baik.. adik-adik sahabiah sekalian apa penghujung kisah ni.. siapa boleh konklusikan?..adakah cukup sekadar tadi..atau antum ada penghujung yang lagi menarik.. “ soalku.
Kelihatan sesama mereka berbisik. Fasilitator yang lain juga turut berbisik sesama sendiri. Mungkin mencari konklusi masing-masing.
Hampir 5 minit semua menyepi. Aku memberi ruang kepada semua peserta menghayati. Seorang pelajar lelaki mengangkat tangannya.
“saya nak cuba..” suaranya.
Aku tersenyum.” Baik kenalkan nama anta dan kelas, seterusnya hujah anta..”
Dia mengambil mikrofon yang dihulurkan oleh seorang fasilitator.
“ Assalamualaikum..saya Mohd Khairul Azhar..dari kelas 3 Ibnu Taimiyyah.. saya merasakan kisah ini..ada kaitan dengan iman,sayang,benci,riyak dan ikhlas itu sendiri..dalam kehidupan sebuah persahabatan.. kisah yang simple..”
Uuuu… sorakan bergema…
Dia membetulkan baju melayunya.Gayanya persis benar dengan perwatakan para Imam Muda. Dia merupakan ajk Badan Dakwah aku mengenali perwatakan remaja itu. Dia memang fasih berkata-kata.
“ok.. baik apa hujah anta..” soalku. Senyuman nipis ku hadiahkan.
Dia membalas.
“sebagaimana kisah tadi.. dalam hidup jika kita semua mempunyai iman.. insyaAllah..semuanya akan menjadi tenang.. sebab itu dipenghujung kisah sebagaimana akh Saif cerita tadi.. dia tidak membalas dendam atau marah dengan sikap sahabat-sahabatnya ikhlas dan sayang tetapi dia menenangkan hatinya kerna adanya IMAN..wallahualam” Khairul Azhar duduk. Tepukan diberikan.
Kemas. Tapi ada lagi yang aku inginkan..
“lagi?” soalku.
Seorang muslimat bangun. Fasilitator muslimat menghulurkan mikrofon kepada pelajar itu.
“Assalamualaikum.. saya Nur Asma' Amanina Bt. Bakri ..dari kelas 3 Al-Farabi sebagaimana pendapat akh Azhar tadi.. saya setuju,cumanya sedikit penambahan bilamana IMAN ada didalam hati,yakin dan pastilah semuanya mampu dihadapi.. fitrah sayang lawannya benci..ikhlas lawannya riyak..maka peliharalah diri dan hati kita daripada riyak dan benci dan gantilah dengan nilai ikhlas dan sayang, jadikanlah IMAN sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan.. wallahualam..”
satu lagi sorakan dan tepukan bergema di dalam dewan wawasan itu.
“baik.. ada lagi?” soalku sebelum kututup dengan satu rumusan.
“saya!” seorang lelaki agak tinggi dan sasa.
“oooooo!!!” sorakan dari teman-temannya.
“baik..silakan..” suaraku. Fasiliator yang lain tertarik memerhatikan ramaja itu, dia antara pelajar yang sering berkunjung ke bilik Disiplin dek akhlak dan sikapnya.
“saya Tengku Syed Azlee b.Tengku Syed Jaafar.. dari kelas 3 Ibnu Rusyd! Tepuk semua!!!!!” bangga datang dari kelas yang kelima daripada lima itu.
Segelintir pelajar bersorak. Mungkin geng Tengku Azlee. Aku bertenang.
“baik Tengku.. hujah anta..” suaraku. Tegas.
Dia tersengih macam kerang busuk.
“pendapat ana.. hehehe.. “ dia seakan memerliku.
“… insyaAllah pendapat ana ialah.. hati tempat letaknya Cinta!! Cinta yang ada pada dalam hati iman menyebabkan dia tidak marah kepada ikhlas dan sayang.. iman juga tidak menanamkan rasa marah pada benci dan riyak! Kerana apa?? Kerana hatinya ada CINTA…!! Haha..” dia ketawa dan duduk.
Aku membetulkan kaca mataku.” Ada point..” desis hatiku.
“lagi?” soalku. kali ini tiada lagi peserta yang ingin memcuba.. aku memerhati segenap ruang bimbang ada yang terlepas pandang.
“baik.. ana kira sudah tidak ada lagi yang ingin memberi respon..” aku melangkah menuruni pentas, berdiri ditengah-tengah menghadap semua peserta.
“kisah hati tadi.. benar konklusi dari ketiga-tiga sahabat kita Barakallah..! sedikit penambahan dari ana.. percayakah antum hati kita boleh di Turn On dan Turn Off bila perlu.. antum rasa boleh atau tidak? “ soalku.
Ada yang menggeleng.. ada yang mengangguk.. ada yang terpinga-pinga. Aku tersenyum.
“ kisah tadi.. kalau antum perhati.. mengapa iman tidak marah atau balas dendam pada benci dan riyak jawapannya.. kerana iman telah TURN OFF hati dia kepada nilai mazmummah.. dan TURN ON hati dia kepada nilai mahmuddah.. macam kita bila iman memandu hidup kita kearah jalan yang diredhai Allah mana mungkin nilai hasad dengki, benci, marah akan wujud dalam hati.. kerana iman akan sentiasa memandu hatinya agar cenderung kepada bersangka baik,sayang, ihklas dan semua sikap yang boleh mengundang redha Illahi.. maka! Adik-adik sekalian Turn Off lah hati kalian daripada semua sikap mazmummah dan negatif dan Turn On hati kalian pada sikap mahmuddah last sekali pandulah hati kalian mengenal Cinta illahi..refresh hati insyaAllah senang hati” semua pelajar tersenyum. Fasilitator yang lain turut tersenyum dengan konklusi ringkas dariku.
Aku tersenyum. Slot selama hampir satu jam itu berlalu. Lebih kurang 10 minit masa berbaki. Aku meminta semua peserta berkemas dan membuat halaqah untuk membaca surah Al- Mulk penutup kepada program pada hari ini.
691
Sahabatku,
Jika hati ini mampu bersuara pasti dia kan berkata..
Hiasi aku dengan nilai mulia..
Jangan di cambahkan nilai hina walau setitik cuma..
Hati ini milik Allah Azza wajalla..
KONKLUSINYA : TURN ON HATI< JIWA< ATMA< QALBU MENUJU REDHA ALLAH AZZA WAJALLA>>>
Posted by Unknown at 7:37 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Derita Sebenarnya

Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya…
“Ini perjuanganku, sahabat. Aku tak mampu mengangkat senjata menolong mereka di sana, jadi biarlah doa ini menjadi saksi kasih sayang dan persaudaraan seakidahku dengan mereka. Sahabat, perjuangan ini belum selesai.”
Seketika, Mariah mendiamkan diri. Perbualannya dengan teman sebiliknya, Khadija benar-benar mengusik kalbunya.Perbualan yang bermula apabila dia dan Khadija selesai menonton video tentang penderitaan rakyat Palestin dan Syria. Seolah-olah dia baru sahaja disajikan dengan berita itu.
“Sebenarnya kita yang melupakan mereka.Hakikatnya,perjuangan mereka tidak pernah selesai walaupun dunia Islam perlu disedarkan dengan darah mereka untuk kita membuka mata”.
‘Palestin, Syria,adakah ini suatu pengakhiran atau hakikatnya suatu permulaan?? Siapa sebenarnya yang lebih menderita?’
………………………………………………………………………………………………………
“Assalamualaikum adik.Apa khabar? Sihat?”
“Alhamdulillah,adik sihat. Adik rindu kak Mariah.”
Senyum. Anak kecil itu sentiasa tersenyum. Siapa yang tidak kenal Haura,anak kecil yang sudah enam tahun mendiami Rumah Darul Taqwa ditinggalkan ibunya sejak dia berusia sehari.
“Kakak, kawan-kawan cakap Haura anak luar nikah, ada penyakit a… apa tah. Semua kawan-kawan jauhkan diri dari Haura. Kak Mariah, anak luar nikah tu apa?”
Mariah sekadar tersenyum pahit, menutup kelukaan hatinya.Haura yang dikenalinya sejak dia berusia tiga tahun memang dikenali sebagai anak yang tidak jelas asal-usulnya oleh masyarakat. Masyarakat yang sama sejak dahulu. Kita takkan pernah berubah, menjatuhkan hukuman melebihi Pencipta sendiri!! Namun,apa yang dia kesali, pengaruhnya sampai kepada kanak-kanak seusia Haura. Haura, sungguh, kau memang tabah adikku. Siapa sangka di sebalik wajah comel itu, kanak-kanak itu turut menerima virus HIV daripada ibu bapanya sejak kecil.
“Kak, kak dengar tak apa Haura tanya?”
Mengelamun dia sebentar. “Ya,kak Mariah dengar. Haura, walau siapapun Haura, di mata Kak Mariah, di mata Allah SWT, Haura tetap anak suci. Ingat tak apa pesan akak? Kalau kita buat apa yang Allah suka, Allah sayang pada kita. Walau satu dunia keji kita tapi Allah sayang kita,insyaAllah kita akan rasa cukup dengan kasih sayang tu. Haura ingat kan pesan akak tu?”
“Alhamdulillah,Haura ingat. Kak, Allah sayang Haura kan?”
“InsyaAllah, Haura sayang. Allah akan sayang pada setiap hamba-Nya yang ingat pada Dia, selalu buat apa yang Dia suruh.”
“Yeay, Allah sayang Haura. Kak, akak kata Allah sayang pada orang kecil-kecil macam Haura. Semalam, Haura tengok berita dekat televisyen. Orang macam Haura kena tembak, kena bunuh dekat Palestin, Syria..Haura sedih la kak. Allah tak sayang mereka ke kak?”
Tersentak. Pertanyaan Haura seakan menikam fikirannya.
“Haura, ingat tak apa Kak Mariah cakap, Allah uji sebab Dia sayang. Allah sayang kawan-kawan Haura tu sebab tu Allah ambil mereka dengan cara tu. Mereka mungkin meninggal dekat dunia, tapi hakikatnya mereka tetap hidup di sisi Allah SWT.”
“Ooo, macam tu Haura nak jadi macam mereka jugak la. Nanti Haura boleh jumpak Allah. Allah sayang Haura, tak macam kawan-kawan Haura dekat sini. Kak, nanti kita pergi Palestin dengan Syria ya? Haura nak selamatkan kawan-kawan Haura dekat sana. Boleh kan kak?”
Mariah sekadar tersenyum. Allah! Anak sekecil ini pun mampu mengeluarkan semangat pejuang yang mungkin sudah hilang dari diri kami, umat Nabi Muhammad S.A.W ketika ini.
“InsyaAllah, boleh sayang. Tapi sebelum tu,kuatkan diri dengan ilmu dan dan mantapkan iman kita. Umat Islam kena kuat kan?”
“Betul kak Mariah. Haura sayang kak Mariah sangat-sangat.”
“Akak pun sayang Haura. Akak pergi dulu ya sayang. Nanti akak jumpa Haura lagi.”
Islam, sesungguhnya perjuangan menegakkan agama ini tidak pernah mengenal batas usia dan tempat…

………………………………………………………………………………………………………
‘Astaghfirullahalazim’. Kalimah itu sentiasa meniti di bibir Mariah. Mariah, siswi tahun pertama di Universiti Darul Iman itu. Baginya, hanya Allah sumber kekuatannya sepanjang perjalanan hidupnya yang penuh berliku itu. Hakikatnya, dia juga sama seperti Haura, yatim piatu walaupun pada hakikatnya dia masih punya ibu dan ayah. Namun takdir Allah S.W.T, tekadnya untuk kembali pada fitrahnya, Islam ketika dia berumur 15 tahun membuatkan dia menjadi ‘yatim piatu’ sebelum masanya.
“Mama, Mary nak masuk Islam.”
Puan Adlyn terkejut mendengar permintaan anaknya. Tuan Jonathan pula sekadar merenungnya tajam. Baginya, permintaan Mary tidak masuk akal. Masakan anak itu ingin masuk Islam. Mengarut!
“Kenapa, Mary? Apa istimewanya Islam? Tak cukup ke dengan keistimewaan yang kita dapat dengan jadi atheis? Tak perlu bebankan diri ,fikiran dengan benda-benda rumit ni.” Tingkah Tuan Jonathan. Baginya, agama hanya suatu ritual yang dijalankan oleh orang-orang sekelilingnya.
“Tapi Mary merasai ketenangan dengan agama ini. Hakikatnya,agama Islam penuh dengan kesempurnaan yang kita sendiri tak mampu gambarkan dengan kata-kata. Itu istimewanya Islam pa.”
“Mengarut, Mary! Jangan kau bicara soal keistimewaan. Tengok sendiri tingkah orang Islam. Mengaku Allah itu sebagai Tuhan tapi mereka sendiri yang paling banyak melanggar perintah Islam. Lebih teruk dari orang yang tak beragama!”
“Tapi, pa, Mary nak kembali pada Islam kerana Mary tahu agama inilah yang Mary cari selama ini. Jawapan yang Mary nak, Mary jumpa dalam agama ini. Mary buat keputusan ni sebab Mary mengenali agama ni, bukan orangnya dahulu. Pa, izinkan Mary.”
“Terpulang pada kau, Mary.Hakikatnya, seandainya kau masuk Islam, jangan panggil aku papa lagi!”
“Papa!”
‘Pap’
“Ya Allah, Dija, kau ni kan, mesti nak terkejutkan aku lagi kan.”
“Jangan la marah Mariah.Kau termenung apa, sampai khusyuk aku tengok.”
“Takde apalah, aku cuma teringat kisah lalu.”
“Kisah lalu? Maksud kau?”
Mariah sekadar tersenyum, membiarkan soalan Khadija berlalu tanpa jawapan. Dia belum sedia membuka kisah itu lagi. Kisah kembalinya dia pada fitrah ini, kisah yang cuba dijadikan pedoman olehnya untuk melangkah menempuh kehidupan baru ini. Ya, terlalu baru dia kembali. Baru lima tahun.
“Takde apa-apalah. Kau dari mana ni?”
“Aku dari Mcd tadi. Nah,aku beli French fries kat kau. Makanlah.” 
“Dija, kau tau kan prinsip aku.”
“Ish, kau ni, makan je la. Asyik-asyik dengan prinsip kau tu. Palestin, Syria, apalah. Apa istimewa sangat diorang tu dengan kau? Nak kata kau asal sana, tak pulak. Jangan radikal sangat, Mariah.”
“Aku bukan radikal Dija. Tapi ni prinsip aku dan aku rasa setiap orang Islam pun perlu pegang prinsip yang sama. Mereka saudara kita Dija, satu akidah, satu syahadah. Derita mereka sampai pada aku, Dija. Aku tak sanggup makan benda yang aku tau pada hakikatnya mungkin digunakan untuk bunuh saudara-sauadara kita di sana.”
“Jadi, kau nak kata aku pembunuh? Ala, kalau setakat makan benda ni, takkan banyaknya duit yang aku bagi dekat Zionis tu. Lagipun, hari tu kan dah ada kempen boikot, sebulan tau aku tinggal benda-benda ni, dah habis sebulan, aku makan la balik.”
“Tak bermaknanya sebulan tu Dija. Tak beri kesan pun. Dija, kita”
“Dah-dah, jangan nak bersyarah dengan aku pulak. Aku tau la apa yang aku buat. Jangan nak ajar aku pulak. Aku Islam lama dari kau.”
Mariah sekadar terpaku mendengar ayat terakhir Khadija. Air matanya seakan enggan berhenti mengalir. ‘Ya Allah, aku sayangkan dia, kerana-Mu.’
Allah
Allah
Allah
Sabda Rasulullah SAW,
Daripada Nu’man bin Basyir r.a., Nabi s.a.w. bersabda: Kemesraan, kasih sayang, dan saling berbelas, kasihan antara orang mukmin diibaratkan seperti satu jasad; apabila satu anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut serta berjaga malam dan merasa panas dan gusar. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]
“Palestin ….Syria….saudara-saudara seislamku..maafkan aku…”
………………………………………………………………………………………………………
Mariah mempercepatkan langkahnya. Risalah yang telah siap dicetaknya harus segera diedarkan.
“Apa ni, perjuangan umat Islam Pattani?”
Mariah menolehkan kepalanya apabila menyedari bahawa pertanyaaan itu ditujukan padanya.
“Ya, tentang masyarakat islam Pattani. Kenapa?”
“Tak, saya cuma hairan,jarang saya dengar orang berbicara tentang masyarakat islam Pattani.”
Mariah sekadar tersenyum.Ya, Pattani. Negeri lindungan duka yang sering ditinggalkan saudara-saudara seagamanya. Sekadar menjadi memori samar dalam fikiran saudara serumpun apatah lagi saudara pisahan benua dan ras.
“Ya, memang kita jarang mendengarnya tapi tak bermakna kita perlu melupakan mereka. Saudari faham kan?”
“Ya, saya faham. Terima kasih. Saya sendiri hampir terlupa tentang Pattani. Semua peristiwa ni yang benar-benar terjadi di sana la ya?”
“Ya, tentang Masjid Kerisik, peristiwa Tak Bai, penutupan sekolah-sekolah pondok di sana, ulama-ulama pula dibunuh setiap hari, dasar ‘pensiaman’ penduduk Pattani oleh kerajaan Siam. Semuanya peristiwa benar.”
“Ooo, lupa,saya nak tanya, awak ni ada kaitan dengan apa-apa organisasi kemanusiaan ke? Sebab saya kagum tengok usaha awak ni.”
“Taklah, saya hanya individu biasa. Tak semestinya saya perlu menyertai mana-mana persatuan nak kemukakan suara hati saya kan. Mereka saudara seakidah saya, awak dan berjuta-juta lagi penduduk Islam di dunia ni. Untuk menyampaikan kebenaran, kadang-kadang tak perlukan hujahan yang hebat, cukup sekadar pena yang menyampaikan. Kita perlu sampaikan ‘rasa’ ini pada masyarakat.”
“Betul-betul, saya setuju. Jadi, pada pandangan awak, selain bantuan kewangan,apa lagi yang perlu kita bagi?”
“Awak rasa bantuan kewangan mampu menyelesaikan luka dan penderitaan mereka?”
“Maksud awak? Jelaskan.”
“Baiklah, saya jelaskan. Agak-agak awak la, bantuan kewangan yang kita sampaikan pada negara-negara saudara kita ni dah mencecah berapa?”
“Entahlah, tapi saya rasa dah banyak. Setiap kali terjadi pergolakan dekat sana, setiap kali itulah bantuan kewangan akan disalurkan.”
“Seperti mereka hanya mengharapkan bantuan kewangan kita kan?”
“Bukan, tapi, entahlah,persoalan ini terlalu rumit. Jadi, bagi awak, apa solusinya?”
“Ok, macam nilah. Saudari kenal Haji Abdullah Sulong? Dr Aziz Rantisi?”
“Siapa tu?”
“Nah,di sinilah yang perlu kita sama-sama perbaiki. Kita hakikatnya hanya mengenal penderitaan luaran mereka tetapi hakikatnya kita tak pernah mengenali dan memahami penderitaan dalaman mereka.”
“Penderitaan dalaman? Maksud awak?”
“Iya, penderitaan dalaman mereka. Kita beranggapan hanya bantuan kewangan yang mampu menyelesaikan masalah mereka walaupun sebenarnya kita hanya menyelesaikan penderitaan luaran mereka. Hakikatnya, dalaman mereka lebih parah berbanding luaran mereka. Kita mengenali mereka melalui mata kita bukan dengan mata hati kita. Sebenarnya,penderitaan dalaman merekalah yang perlu kita jaga dan kenali. Kenali dan hayati apa penyebabnya semua ini berlaku.”
“Maksud awak,kenali sendiri sejarah perjuangan mereka?”
“Ya,dengan mengenali merekalah kita akan lebih menghargai mereka, mampu menghayati penderitaan mereka.Ya,bantuan kewangan adakalanya penting dan saya tak perkecilkan usaha bantuan kewangan kerana ada nilainya di sisi Allah SWT, tapi awak tahu apa yang paling penting? Doa, ilmu dan iman.”
“Cukupkah sekadar itu?”
“Awak yakin dengan kekuasaan Allah S.W.T?”
“Sudah tentulah. Saya orang Islam la…”
“Jadi, kuatkan kepercayaan Allah pada Allah S.W.T. Jangan pernah berhenti mendoakan mereka, kuatkan ilmu kita dengan ilmu dunia dan akhirat dalam perjuangan melawan musuh nyata dan tersembunyi dan mantapkan iman kita dengan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita pada Allah SWT. Itu yang paling penting.”
“Ooo, barulah saya faham.Terima kasih, awak dah sedarkan saya. Jadi untuk masalah Pattani ni, metodenya juga serupa?”
“Ya, serupa, jangan hanya kita melihat yang jauh, kita terlupa yang dekat. Perjuangan membantu saudara-saudara kita merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dipikul setiap umat Islam.”
“Ya, saya tahu. Rupanya selama ini, kita betul-betul ‘dibutakan’. Oh, terlupa saya nak perkenalkan diri. Saya Raudhah, pelajar tahun pertama.”
“Mariah Abdullah.”
Ya, hakikatnya kita betul-betul ‘dibutakan’ daripada melihat yang nyata.
“Tapi Mariah, awak terlupa sesuatu.”
“Maksud awak?”
“Kadang kala semuanya bukan berpunca daripada ketidakalpaan kita. Bukan kita tidak peduli, tapi realitinya, kita di sini sebenarnya perlu lebih kuat bermujahadah. Jihad di sini lebih utama kan?”
“Ya, saya faham. Jihad menentang nafsu dan suasana jahiliah yang mencengkam. Umat Islam di sini lebih menderita kan?”
“Ya, lebih menderita. Di sana,mereka berjuang mempertahankan iman dengan musuh yang nyata,tapi kita di sini perlu mempertahankan iman dengan musuh yang kadangkala tersembunyi namun lebih berbahaya daripada musuh yang nyata. Penderitaan mereka nyata tapi penderitaan kita kadangkala kita sendiri tak sedari.”
“Ya, saya faham maksud awak.”
Mereka saling berbalas senyuman. Ya Allah, hakikatnya kami lebih menderita tanpa kami sedari!!
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, yang bermaksud:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka LEBIH RAMAI tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.
………………………………………………………………………………………………………
Mariah
Khadija
Haura
dan …
Raudah
Sebenarnya cerminan diri kita sendiri..sama ada menjadi ‘Mariah’, ‘Khadija’, ‘Haura’ atau ‘Raudhah’ terletak pada diri kita sendiri. Kerana pada hakikatnya, manusia-manusia ini sentiasa ada dan dan wujud di sekelilling kita dan realitinya, kita mungkin salah seorang daripada mereka!!
Ya Allah, selamatkan saudara-saudara kami di seluruh dunia…dan juga di sini…
Posted by Unknown at 5:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ▼  June (7)
      • Turn On & Off HATI
      • Derita Sebenarnya
      • Tegur Lillahi Ta'ala
      • SaKiT...
      • Kasih Kerana Allah
      • Sahabat Selamanya
      • Bicara Sang Hati
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.