-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Saturday, June 28, 2014

Tegur Lillahi Ta'ala

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam 'zaman kegelapan' seolah-olah 'tidak ada lagi harapan' untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka. 

'Kompom masuk neraka nih!' 
'Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? ' 

'Woi! b*d*h! tak reti nak insaf ke? nk tunggu masuk kubur? hmm.. kena mkn ularla kau..'


Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui 'zaman kegelapan' yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan. Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian.


Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa
yang kita perkatakan. 



Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 


Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
Al-Ankabut:2 



Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya. Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja 
boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? 
Antaranya; 

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh) 
Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas 

Azmil Mustafa (Ali Setan) 
Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas 

Mel (ex-Vocalist Wings) 

Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid 

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage) 
Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas. 

Wilma (Model dan Pelakon) 
Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh 


dan ramai lagi kalau nak sebut mcm Noor Kumalasari, Wardina, Lan A to Z 
dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh 
berubah menjadi lebih baik. Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hanyut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok… tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad S.A.W. 

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah. 

Nabi Muhammad saw selalu berdoa; 

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ 

'Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu' 
(Sahih, Riwayat al-Tirmizi) 

Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada 
buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada 
baik kemudian kembali menjadi buruk. 
dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, 
jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. 
Allah akan bantu anda! 





Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala 
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan 
kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan 
perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah 
sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya 
(mencapai kemenangan) Ali Imran:200 




Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita. 







'Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu 
orang-orang yg beriman.'Surah Al-Imran ayat: 139



         
Posted by Unknown at 1:43 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ▼  June (7)
      • Turn On & Off HATI
      • Derita Sebenarnya
      • Tegur Lillahi Ta'ala
      • SaKiT...
      • Kasih Kerana Allah
      • Sahabat Selamanya
      • Bicara Sang Hati
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.