-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Thursday, December 11, 2014

J.O.D.O.H......

Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk menjadi sempurna di matamu.. bawalah aku ke jalan yg diredhaiMu.. aku mahu bersama-sama dia menuju jalan cintaMu yg hakiki..

Ya Allah...
Seandainya dia kau takdirkan yang terbaik untuk menjadi imamku,untuk membimbing jalan hidupku,maka kau satukanlah hati kami di bawah teduhan kasihmu. Kau limpahkanlah kebahagiaan buat kami. Engkau maha mengetahui apa yang telah kau aturkan untuk hidupku.

Ya Allah...
jika cintaku Kau ciptakan untuknya, teguhkan hatinya, teguhkan imannya, sucikan cintanya dan lembutkan rindunya...

Ya Allah...
jika hatiku Kau ciptakan untuknya.. penuhi hatinya dgn kasihMu.. terangi langkahnya dengan nurMu.. bisikkan kedamaian dlm kegelapan.. temani dia dalam sebuah penantian..

Ya Allah...
ku titipkan cintaku padaMu untuknya.. sampaikan rinduku padanya.. bimbinglah cintaku dan cintanya.. satukanlah hidupku dan hidupnya dalam cintaMu.. sesungguhnya aku ingin bersama-sama dia kesyurgaMu...

tetapi Ya Allah..
andai dia bukan untukku, dan tidak pernah tertulis untukku di luh mahfuz, izinkan aku melupakannya buat selamanya..  dan bila mana aku harus mengingati dia yg bukan milikku, maka bantulah aku jauh dari rasa rindu yg teramat padanya..

andai ada kenangan antara kami yg mengikat diri, maka lupuskanlah dia dari ingatanku.. biarkanlah aku jauh dari dirinya, dan ikatlah diriku utk terus setia dgn kasihMu.. hilangkanlah bayangnya dari mindaku ini

Ya Allah..
       payunglah aku dgn rahmatMu.. perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'mu... agar aku selamat dlm cintaMu..sesungguhnya aku tak mahu kerana cintaku padanya menyebabkan aku tidak menghirup harumnya wangian syurga…

Ya Allah...
andai dia benar bukan untukku... kekalkanlah kegembiraan dan kesejahteraan hidupnya juga.. hindarilah dia dari sebarang bala dan bahaya.. lindungi dia walau dimana dia berada.. jauhi dia dr orang yg ingin menyakitinya.. hadirkan insan yg benar2 ikhlas terhadap dirinya agar kebahagiaan selalu bersamanya.. moga suatu hari nanti Engkau akan membahagiakan aku sama seperti apa yg dia rasa....berikan aku kekuatan agar aku bahagia walau tanpa dirinya..

Ya Allah,
bantulah aku utk bersabar.. andai janjiMu terikat ada jodoh antara kami, pasti masa itu akan tiba.. aku tak mahu cinta ini hanyut begitu saja kerana cinta itu terlalu suci..ianya anugerah Ilahi.. aku ingin dirinya menjadi peneman hidupku.. mengingatkan diriku saat aku terleka dari mengingatimu.. tetapi aku takut untuk meletakkan harapan yg terlalu tinggi kerana bimbang bukan aku yg menjadi pelengkap hidupnya... campakkanlah kekuatan dan kesabaran dalam hatiku agar aku mampu tersenyum disetiap langkah perjalananku walau hakikatnya hatiku terasa sayu..

aminnn :))

Ya Allah,
rindunya aku... tapi aku tak mampu luahkan..dan aku tak mahu luahkan.. baru aku mengerti bahawa mencintai seseorang dalam diam itu sakit. Tetapi biarlah hatiku sakit, sebagaimana Saiyidina Ali yang mencintai Saiyidatina Fatimah secara diam-diam. Dan akhirnya Allah pertemukan jua mereka. Aku yakin bahawa cinta yang kutitip hanya dalam hati ini adalah jihad. Jihad menetang kehendak syaitan. Jihad menundukkan nafsu hati. Jihad membenteng zina hati.

Ya Allah...
redhakanlah aku dgn apa yg Engkau tentukan untukku ini.. sesungguhnya Engkau maha mengetahui... sedangkan aku tidak mengetahui.. jika sudah tertulis dia bukan jodohku, maka Engkau buangkanlah perasaan yg ada dalam hatiku ini.. jika dia jodohku, maka Engkau kekalkanlah perasaan cinta ini.. jika benar dia bukan tercipta dari tulang rusuk kiriku, maka aku redha.. Engkau tentukanlah yg terbaik untukku.. jika Engkau sedang menguji aku, maka permudahkanlah ujian ini.. aku tahu sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu melampaui batas kemampuannya...

 aminnnn :")


Posted by Unknown at 10:37 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

IA

Ia yang hanya tertutup bisu,
Terbiar, tersisih tanpa secebis kasih saying,
Tatkala engkau memilih mereka,
Yang menawarkanmu mimpi dan khayalan,
Dalam fantasi dunia ilusimu.

Ia yang sering kau dengar keutamaannya dari orang soleh,
Tapi mengapa ia yang pertama sekali kau tinggalkannya,
Mengapa ia yang sering kau segan melihatnya.

Wahai hamba allah,
Tidakkah kau menyedari,
Ialah yang sejati menjadi pedoman hidupmu,
Ialah yang sejati menjadi petunjukmu,
Ialah yang sejati menjadi penolongmu.

Wahai hamba Allah,
Mengapa begitu mudah air matamu tertumpah?
Mengapa begitu mudahnya kalbumu tersentuh?
Tatkala seruling syaitan yang kau dengar,
Tatkala tombak insani yang menusuk jiwa insanimu.

Wahai hamba Allah yang telah tertutup kalbunya,
Wahai hamba Allah yang terlena dunia,
Wahai hamba Allah yang takbur,
Wahai hamba Allah yang alpa,
Jangan kau gelisah tatkala dunia meninggalkanmu,
Khuatirlah ketika kau lupakan ia,
Ia adalah Al-Quranul Karim,

Warkah cinta dari Ar-Rahim.
Posted by Unknown at 9:42 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ujian



Pernah aku merasakan kecewa dengan kehidupan
Kecewa dengan takdir yang mendatang.
Kadangkala aku merasakan tidak tertanggung ujian demi ujian yang hadir menjengahku.
Arrgghhh!!
Kenapa aku diuji sebegini? Kenapa aku yang perlu menghadapi ujian ini? Aku dah tak mampu nak tanggung... Ujian ini sangat berat untuk aku hadapi..Sakit tahu tak? Jiwa aku perit… pelbagai lagi rungutan yang aku lontarkan sendirian dalam monologku. Adakalanya aku sendiri tidak sedar apa yang aku tuturkan..
Saat satu demi satu dugaan dan masalah hadir, ku pujuk diriku dengan ayat-ayat cinta dari Allah ini.

" Dan sungguh Kami akan berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar " 
( Al-Baqarah : 155 )

Allah SWT memujuk lagi dalam ayat berikutnya..


" Allah tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya " ( Surah Al-Baqarah : 286 )


Kini baru kuyakini bahawa setiap ujian yang Allah lontarkan kepadaku merupakan tanda Dia menyayangiku. Setiap ujian itu adalah mengikut kemampuanku, Dia tahu sejauh mana kemampuanku. Hanya aku yang tidak sedar bahawa aku mampu merenangi lautan ujian itu. Mungkin masalah yang hadir ini melukakan hatiku, mungkin masalah yang dikirimkanNya ini menjadikan diriku lemah dan tak berdaya, mungkin masalah ini dirasakan sangat memilukan. Namun, aku sedar kenapa dia ingin mengujiku. Kata Habib Ali Zainal Abidin, “Allah usik hati kita dengan ujian, sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu mendengar kita memanggil namanya ‘YA ALLAH’.”

Dalam lautan hamba-hambaNya yang menumpang di bumi ini, Dia memilih aku untuk menghadapi masalah yang dirasakan sangat berat buatku. Dia sayang padaku, bila diuji barulah manusia kembali ingat kepada Tuhannya. Mungkin sekarang hatiku terluka namun aku baru sedar bahawa Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Setiap dugaan yang dihidangkan itu, pasti terselit hikmah yang tersembunyi. 

Baru aku mengerti. Apabila setiap masalah yang datang, kita hadapi dengan sabar dan tenang akan menghapuskan sebahagian daripada dosa-dosa kita. Kita adalah seorang yang bukan maksum, seorang yang pasti melakukan dosa-dosa. Sifat alpa dan leka sering menjadikan kita lalai dari mengingatiNya. Maka, peringatan berbentuk masalah inilah yang akan menyedarkan kita seterusnya kembali dekat padaNya.

Sabda Rasulullah SAW,

" Tidak ada seorang muslim pun yang mengalami penderitaan, kepenatan, kesakitan, kesulitan, kesedihan,  dan kebimbangan yang merunsingkannya melainkan dihapuskan sebahagian daripada kejahatannya. " 
( Hadis Riwayat Muslim )

Satu kelebihan bagi diri kita ialah apabila hati mampu membina sebuah tembok. Tembok itu yang mampu menghalang daripada berfikiran negatif terhadap ujian Allah. Tembok yang menghalang diri daripada tertelan godaan syaitan dan hawa nafsu tatkala iman sedang lemah.
Firman Allah SWT,

" Boleh jadi engkau membenci sesuatu sedangkan ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula  engkau menyukai sesuatu sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tdak mengetahui "( Al-Baqarah : 216 )
Binalah dinding itu kerana sesungguhnya hidup adalah untuk diuji. Gembira juga ujian, sedih adalah ujian, marah juga ujian dariNya. Ujian dari Allah buat menguji bagaimana hamba-hambaNya setiap saat dan waktu. 


Saat diuji, pujuklah diri.. 
Ujian aku ini hanyalah sekelumit berbanding orang lain.
Allah pasti telah persiapkan sesuatu untukku..
Bersangka baiklah pada Allah SWT kerana Dia sepertimana sangkaan hamba-hambaNya..

Ukirkanlah senyuman kerana senyuman walau hatimu menangis hiba,
Kerana yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan mu..

Selagimana engkau merasakannya perlu.   
Posted by Unknown at 7:58 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

DAKWAH..

Shahrul memandang helaian kertas yang tercoret kalam.

" Kenapa ni Shahrul? "  Sapa Amri.

Shahrul terdiam. Sambil menyeka air mata yang menitis, dia menunjukkan tulisan yang dibacanya.

Pesan As-syahid Imam Hassan Al-Banna,

" Sesungguhnya tanggungjawab melebihi masa yang ada "


Masih terngiang-ngiang isi usrahnya bersama Ustaz Fahmi semalam, kerja-kerja mengislah manusia ini memerlukan pengorbanan diri yang amat tinggi, kerana tanggungjawab kita melebihi masa yang ada. Ini bagi mereka yang benar-benar meletakkan dakwah Islamiyah sebagai komitmen tertingginya. Begitu jugalah Allah meletakkan dia dalam kalangan hamba-hamba yang diberi keutamaanNya. Inilah Da’i yang sebenar-benarnya.

Shahrul sedih mengenangkan dirinya.

 "Apakah aku ini berada dalam kalangan mereka yang meletakkan komitmen yang tertinggi untuk jihad dan berjuang atas landasan dakwah ini? Aku masih banyak berdolak dalih, sehingga menyebabkan sahabat-sahabat lain terpaksa berkorban untukku.. Allahurabbi." Satu persatu mutiara jernih gugur ke bumi tempat Shahrul menuntut ilmu. Bumi Barakah Jordan.

Shahrul merintih dihadapan Amri.. Amri sendiri turut tersentuh dengan luahan hati sahabatnya. Lantas bahu Shahrul ditepuk Amri.

" In Shaa Allah Shahrul, aku pun terpukul apa yang Ustaz kata tadi. Kita hanya datang usrah, itu pun sekali sekala, tak konsisten. Program-program dakwah sangat banyak yang perlu penglibatan kita, dulu aku rasa aku taklah diperlukan sebab ramai lagi yang hebat-hebat. Setakat macam aku ni, rasanya macam tak effect apa pun. Tapi bila tengok Haikal, Azif, yang lain-lain tidur pun tak cukup, kerja-kerja assignment sama banyak dengan kita tapi masih tegar bagi komitmen dalam usrah,masih konsisten dalam usrah. Aku rasa tak ada hal untuk kita ikut jejak mereka.Tak apalah Shahrul,sama-sama kita berubah. Kita perlahan-lahan dan istiqamah, In Shaa Allah, Allah bantu perjalanan dakwah kita yang penuh liku " Panjang Amri berkongsi perasaannya.

Shahrul bertambah sedih mendengar luahan sahabatnya seolah-olah memahami gejolak perasaannya. Alhamdulillah dia ingin memberi KOMITMEN nya kerana dia tahu betapa mahalnya harga sebuah komitmen dalam gerakan dakwah Islam ini. 

" Thanks Amri sebab faham, aku nak berubah juga, aku nak beri yang terbaik dan buat yang terbaik semampu daya yang boleh. Untuk Islam ini, perjuangan kita hari ini untuk generasi akan datang. Besar atau kecil, hebat atau tidak itu bukan ukuran. Yang penting sejauh mana kita sudi bagi komitmen untuk bersama-sama menggerakkan dakwah ini. " Ujar Shahrul.

‘Uhibbuka Fillah’ Shahrul memeluk erat sahabatnya.

‘Uhibbuka Fillah Aidhan’ Amri membalas pelukan Shahrul.

Mereka berdua kembali bersemangat dan sedar bahawa DAKWAH ISLAM ini bukan tugas seorang atau dua orang tetapi tugas semua orang.Madrasah Tarbiyyah yang perlu dibina oleh setiap lapisan masyarakat. Sayangnya, bukan semua yang sudi memberi komitmen ini. 

" Aku tidak kisah akan pandangan manusia kerana yang paling aku kisah pandangan Allah. Kelak bila aku di hadapanNya kelak, Dia mengetahui inilah harga sebuah komitmenku kepada dakwah dan perjuangan ini. Ya Rabb, terimalah hamba menjadi pejuang agamaMu. " Doa Shahrul di dalam hatinya sambil melangkah dengan semangat!


" Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya darimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu juga tentang dakwah. Tentang ummat yang kau cintai.. Lagi-lagi memang seperti itu, dakwah menyedut saripati energimu. Sampai tulang-belulangmu. Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari. "



(KH.Rahmat Abdullah)
Posted by Unknown at 3:20 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SAHABAT Seperjuangan


                                                                                       
Sahabatku,
Daerah kita daerah perjuangan,
Penuh dengan airmata dan mungkin juga darah,
Bumi berkat pernah menyaksikan perjuangan para mujahid,Jihad, sabar, istiqamah, thabat sentiasa meniti dibibir murabbi,
Dikau peyambung risalah tercinta ini,






Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah,









Sahabatku,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan,
Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan,
Namun perjuangan kita tiada noktahnya
Selamanya...









Sahabatku,
Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Dorongilah aku menjadi daie mulia,






Sahabatku,
Teman itu kadangkala seperti penawar,
Itulah sumber kekuatan kita,
Adakalanya seperti racun,
Melemahkan kekuatan kita,





Tapi...
Aku sering berharap,
Mendapat sahabat yang sejati,
Dunia dan akhirat

Moga ukhwah kita selamanya...
Selamanya....

Perjuangan kita masih belum selesai..







Posted by Unknown at 12:29 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, December 2, 2014

Kalam Hikmah KHULAFA' AR-RASYIDIN

SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
  1. Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya  
  2. hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim 
  3. hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula 
  4. adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
  1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya
  2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina
  3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya
  4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga
SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
  1. Hatinya selalu berniat suci
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
  4. Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati


Posted by Unknown at 12:18 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tazkirah Imam Al-Ghazali

 Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Imam al-Ghazali bertanya : 

“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”

 Murid-muridnya ada yang memberikan jawapan orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah ‘mati’. Sebab itu sudah janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.



 Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan kedua: 

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”

 Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar, tetapi yang paling benar adalah masa lalu.Walau hebat macam mana sekalipun kita, kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari ini dan hari akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: 

“Apa yang paling besar di dunia ini?”

 Ada muridnya yang menjawab gunung, bumi dan matahari.

 'Semua jawapan itu benar', kata Imam al-Ghazali.

Tetapi katanya, yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah ‘nafsu’ 



Oleh itu, kita harus berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu menjerumuskan diri ke lembah neraka.

Pertanyaan keempat: 

“Apa yang paling berat di dunia ini?” 

Ada yang menjawab baja, besi dan tidak kurang yang mengatakan gajah. 'Semua jawapan benar', kata Imam al-Ghazali tetapi yang paling berat adalah ‘memegang amanah.’


Tumbuhan, haiwan, gunung malah malaikat juga semuanya tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima:

 “Apa yang paling ringan di dunia ini?” 

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan dedaun. Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini ialah ‘meninggalkan solat.’ Gara-gara pekerjaan malah keletihan, kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam ialah:

 “Apakah yang paling tajam di dunia ini?” 

Murid-muridnya menjawab dengan serentak iaitu pedang. 'Benar'.Kata Imam al-Ghazali, tetapi menurutnya yang paling tajam ialah ‘lidah manusia.’ Ini kerana melalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan rakan sendiri.
Posted by Unknown at 12:16 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ▼  December (8)
      • J.O.D.O.H......
      • IA
      • Ujian
      • DAKWAH..
      • SAHABAT Seperjuangan
      • Kalam Hikmah KHULAFA' AR-RASYIDIN
      • Tazkirah Imam Al-Ghazali
      • Sajak Sungai
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.