-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Wednesday, July 30, 2014

Layakkah kita bergelar SAUDARA??

Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring.alt
Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi… Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.
“Umi!!!” Khalid menjerit lagi.
Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ… Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.
“Khalid.. Khalid anak umi…”
Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran a satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Hamidatun Nasriah, Nasriah mendakapnya senang…
“Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi…”
* * *
“Khalid… Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!”
Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.
“Umi, Khalid pergi dulu…” ucapnya seraya melangkah pergi…
“Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi…” Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.
Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.
“Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita  akankuat kan sayang?” Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.
“Tapi abi….”
“Kenapa Khalid?”
“Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh… Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?” Penuh ketulusan suara itu bertanya.
Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.
“Khalid… Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?”
Angguk.
“Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat… Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia.”
“Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!” Khalid bersemangat.
“Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah”. Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.
“Macam abang-abang?” Khalid bertanya lagi.
Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!
“Abi…..”
Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.
Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.
Allah… lindungilah anak yang tidak berdosa ini…
Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta…
* * *
Pom! Pom!
Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.
Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta… Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada’ yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan…
“Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”
Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.
“Abi… Kenapa tinggalkan Khalid…”
Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ…
* * *
“Umi…” Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.
Nasriah yang asyik mengelamun tersentak.
“Ya sayang..” Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.
“Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?”
Nasriah terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.
“Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan..”
“Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!”
Nasriah tersentak sekali lagi.
“Umi…” Perlahan, Khalid memanggil.
“Ya sayang…”
“Adakah mereka mendoakan kita?”.
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Nasriah terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.
Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.
“Umi…”
Khalid memanggil lagi.
“Ya…”
“Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?”.
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Diam.
“Umi..”
“Ya nak..”
“Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?”. Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.
“Siapa?”
“Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?”
Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nasriah mula digenangi air…
“Umi tidak tahu sayang…”
”Oh Allah… Masihkah kami layak bergelar saudara???”.
“Umi…”
“Ya sayang…”
Nasriah mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya…
“Umi… Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?”
“Ya sayang..”
“Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?”
Nasriah tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini…
“Kenapa umi menangis?”
Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..
“Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?”.
Angguk.
Pom!!!.
Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nasriah … Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nasriah yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.
“Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid…”
Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..
“Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!” Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya…
“Umi…. Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti…”
Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya….
Posted by Unknown at 10:38 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Manusia B.I.A.S.A.

Dingin subuh seakan-akan  menggigit hingga  ke tulang rusukku, namun kugagahi kakiku untuk melangkah ke surau. Surau An-Nur destinasi wajibku di setiap pagi. Aku gemar ke sana. Aku tenang di sana.
Sebelum azan subuh mula berkumandang, telingaku seakan-akan dibisik oleh suara halus yang menyeru aku untuk bangkit meninggalkan selimut tebal dan bangkit untuk mandi dan bergerak ke surau. Sampai di sana, kulihat hanya beberapa kerat sahaja pelajar yang ada. Biasanya tidak lebih dari 10 orang.
Tanpa berlengah, sejadah dihampar di suatu sudut, kaki didekatkan, lalu tangan diangkat ke telinga dan dengan penuh kehambaan aku menyeru, “Allahuakbar.”  Selesai dua rakaat solat tahajjud diikuti dua rakaat solat taubat. Tangannku menyapu raut wajahku dari dahi hingga ke dagu. Hatiku berasa tenang dan nyaman. Kurasakan wajahku segar dan bercahaya. “Alhamdullilah,” bisikku.
Dengan penuh kehambaan aku mengangkat tangan memohon doa dan keampunan dari Yang Maha Esa.
“Alhamdulillahirabbilalamin. Segala puji  bagi Allah tuhan sekalian alam. Ya Allah ,ya tuhanku, aku hambamu yang banyak berdosa ya Allah. Dosa-dosaku bagaikan buih-buih di lautan. Dosa-dosaku ibarat debu  yang bergelimpangan di padang pasir. Ya Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Aku bersujud padaMu. Aku memohon keampunan dariMu atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Yang nyata mahupun tersembunyi. Yang aku sedar mahupun aku tidak sedar. Aku sedar aku tidak layak ke syurgaMu Ya Allah. Namun, tidak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkah hambaMu yang hina ini, terimalah taubat ku ini. Amin Ya Rabbalalamin”.
Tanpa aku sedari, air mata bercucuran jatuh ke pipiku. Usai berdoa, kurasakan hatiku sangat bersih. Sangat tenang.
 
Tapi itu kisah lama. Kisah zaman sekolah. Kisah zaman hingusan. Di sana aku ada kawan di Maahad. Di sana aku ada naqib. Di sana aku ada ustaz. Di sana aku ada ibu bapa! Kini aku di universiti. Di universiti  yang jauh dari tempat asalku. Dengan rezeki  Allah aku di tawarkan belajar di luar negara. Negara idaman aku. Kini aku di United Kingdom. University of Manchester.Alhamdulillah cita-cita dan doaku dimakbulkan Tuhan Yang Esa.
Aku manusia biasa. Aku bukan malaikat. Manusia itu sering lupa dan  lalai kan? Kini sudah 4 tahun aku di sini. Pengajianku biasa saja walaupun tidak cemerlang. Aku bahagia di sini. Aku ada ramai teman. Aku ada ramai sahabat. Tapi adakah aku tenang di sini? Hari-hariku bukan lagi di isi dengan bacaan Al-quran. Solatku kini bukan lagi diimamkan. Hatiku tidak lagi dijamu dengan tazkirah dan ceramah.Aku lalai di sini.
Tapi  aku bukan manusia jahat. Tidak pernah sesekali kuteguk minuman syaitan sepanjang di sini. Tidak pernah ku menjejakkan kakiku ke tempat maksiat. Tidak pernah ku menyentuh yang bukan muhrim untukku. Aku hanya manusia biasa. Aku  menunaikan sembahyang. Aku berpuasa di bulan Ramadan. Aku manusia biasa!
Pada suatu subuh,seperti biasa aku bangkit untuk solat subuh. Kali ini kurasakan angin luar tidak terlalu sejuk dan  tidak juga panas. Suasana sangat tenang dan segar. Lain dari kebiasaan subuh yang aku lalui. Setelah selesai solat subuh, aku mengangkat tangan untuk berdoa. Aku berdoa mohon keampunan. Doa yang sama aku ulang semenjak di asrama dulu lagi. Tapi kali ini aku tidak merasai kemanisan doa itu. Tidak ku rasa penghayatan doa itu. Dan paling ku takut, aku tidak menangis. Penat ku cuba untuk mengalirkan air mata di hadapan Yang Maha Besar tapi aku gagal.  Aku gagal. Aku gagal menangis!
Ini bukan kali pertama. Semenjak beberapa bulan ini doaku tidak lagi di selangi air mata. Hatiku tidak dapat merasai kenikmatan doa. Aku jadi takut. Pelbagai perkara bermain di fikiranku. “Ya Allah gelapnya hati hambaMu ini”. Terus ku teringat kata-kata ustazku ketika di sekolah dulu. “Hati manusia ibarat besi. Setiap dosa yang dilakukan akan melekatlah karat padanya. Tapi karat itu boleh di cuci dengan solat dan doa. Namun lama kelamaan jika karat itu tidak dibersihkan, akan semakin besarlah ia, dan semakin sukarlah untuk dibersihkan . Maka semakin hitam dan gelaplah hati kita. Ketika ini setiap dosa yang dilakukan tiada lagi dirasakan dosa bagi dirinya”.
Aku tersedar. Aku tersentap.  Kenapa aku mahu jadi orang biasa? Kenapa tidak ingin menjadi yang lebih baik? Tidak berbuat dosa tidak bermakna aku sempurna. Tidak minum arak tidak bermakna aku terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil. Sembahyang 5 waktu tidak bermakna aku sempurna.Bagaimana dengan dosa-dosa kecil? Aku lalai. Aku lalai! Terima kasih  ya Allah kerana menyedarkan aku.  Terima kasih atas hidayah-Mu.Aku terus bersujud dan memohon doa.
Ya Allah,
Bimbinglah aku ke arah agamaMu,
Dekatkah hatiku padaMu,
Berilah aku cahaya hidayah dan cahaya makrifatMu,
Berilah aku kasih sayangMu,
Dan jangan sekali-kali Kau lalaikan aku,
Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah,
Amin.
Posted by Unknown at 10:20 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tudung labuh...

Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Farhanah terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
Biar betul mama? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus.”
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.
* * * * * *
“Adik setuju dengan keputusan mama?”
Farhanah mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
“Mestilah tak! Syah rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?”
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Farhanah pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba mama Farhanah menghalang dia bertudung labuh lagi. Farhanah sedar, mamanya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan mamanya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Farhanah untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Farhanah juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Farhanah yang kini sering menjaga solatnya.
Farhanah yang kini lebih elok keperibadiannya.
Farhanah yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Farhanah yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila mamanya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama mamanya kelmarin.
“Mama rasa mama tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap mama?”
“Tapi ma, akak …”.
“Mama rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Mama rasa akak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang akak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je.”
Nada suara mama Farhanah yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh mamanya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur mama!
Apabila diimbas kembali, Farhanah sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk mamanya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan mama.
“Akak! Cepatlah, giliran akak ni.” Aisyah merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
“Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah.”
Aisyah mengeluh panjang.
Farhanah turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan mamanya. Mamanya cuba mencari perhatian Farhanah, tetapi gagal.
"Farhanah! Kenapa bermasam muka dengan mama? Farhanah mahu jadi anak derhaka ke!.”
Farhanah tersentak. Mamanya tiba-tiba melenting.
“Akak minta maaf … akak tak bermaksud nak…”
“Itulah Farhanah! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang mama tak kasi buat!”
Belum sempat Farhanah berkata kata, mamanya kembali melenting. Farhanah segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Aisyah terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
“Maafkan akak ma..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka…”
Tangisan Farhanah makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Farhanah runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh mamanya. Rasa kesal menyelubungi diri.
“Urghh, tak patut aku bermasam muka!.”
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Farhanah beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati mamanya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
“Aku kena betulkan keadaan.”
Farhanah nekad.
* * * * * * *
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami mamanya. Farhanah menyelinap masuk ke dalam bilik mamanya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah mamanya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Farhanah. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya mamanya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek mamanya .
“Harap harap mama baca lepas aku pergi besok…”, monolog Farhanah.
Awal pagi berikutnya Farhanah segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.
* * * * * *
“Farhanah ….”.
Mama Farhanah menitiskan air mata membaca surat Farhanah. Surat itu menjelaskan segala isi hati Farhanah, mama Farhanah sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya…
* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Farhanah dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
“Assalamualaikum! Farhanah dah balik!”
Farhanah membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
“Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?”soal Aisyah.
“Penat sangat…”
“Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau.”
Farhanah senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
Mama minta maaf…mama tak patut halang Farhanah, lagipun kalau Farhanah pakai macam tu terjagalah sikit anak mama ni…”
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
“Farhanah pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil.”
Farhanah terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .
“Sehelai Tudung Labuh”
from mama:)
Farhanah tersengih.
Posted by Unknown at 9:57 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ▼  July (6)
      • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
      • Manusia B.I.A.S.A.
      • Tudung labuh...
      • KHAS Untuk AwaK..
      • Andai ada yang mengerti..
      • Ujian Cinta..
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.