Keadaan bertukar sunyi di dalam kereta. Penuh dengan emosi.
Wanita yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mengambil nafas panjang setelah usai dengan bangkangannya. Stereng kereta cuba dikawal sebaik mungkin. Farhanah terduduk hampa di kerusi belakang . Dahinya berkerut , matanya sedikit sembap akibat tangisan tadi. Riak wajahnya yang sukar ditafsirkan jelas menunjukkan pelbagai persoalan bermain di fikiran .
Biar betul mama? Setelah sekian ini ? Setelah aku meletakkan komitmen besar terhadap imej ku ini ? Iman ku membantah seratus peratus.”
Itu kisah kelmarin , dan dia masih memprotes.
* * * * * *
“Adik setuju dengan keputusan mama?”
Farhanah mengajukan soalan kepada adiknya yang mencari target bagi memasukkan biji karom ke dalam lubang sasaran.
“Mestilah tak! Syah rasa akak dah masuk sebulan bertudung labuh , takkan nak berhenti kat tengah jalan?”
Tupp! Biji carrom berjaya dimasukkan. Giliran Farhanah pula memasukkan target, tetapi otaknya sedang berfikir ligat. Fokusnya hilang kepada permainan karom, dia lebih tertumpu kepada konflik yang dihadapinya sekarang.
Tiada angin tiada rebut, tiba-tiba mama Farhanah menghalang dia bertudung labuh lagi. Farhanah sedar, mamanya sejak mula memang menunjukkan respon kurang bersetuju apabila dia mahu bertukar imej, Tetapi ayahnya selaku ketua keluarga sentiasa meletakkan titik noktah bagi setiap keputusan sekaligus membuatkan mamanya terpaksa mengiyakan saja.
Ayahnya memberi lampu hijau kepada Farhanah untuk bertudung labuh. Mungkin dia menyukai anak gadisnya bertudung mengikut syariat kalau mahu dibandingkan dengan pemakaian tudung gaya Ariani yang sudah menjadi ikutan ramai wanita. Tudungnya sangat kecil, langsung tidak mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran yang mengarahkan kaum hawa supaya menutup belahan baju dan dada. Ayah Farhanah juga mengerti, yang anaknya mahu berhijrah. Menjadi antara golongan remaja yang diredhai Allah.
Farhanah yang kini sering menjaga solatnya.
Farhanah yang kini lebih elok keperibadiannya.
Farhanah yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Farhanah yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Farhanah yang kini sering membasahi bibir dengan asma Allah.
Farhanah yang kini sentiasa cuba memperbaiki diri.
Dia sedikit pilu apabila mamanya gagal memahami.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama mamanya kelmarin.
Mindanya memutarkan kembali dialog bersama mamanya kelmarin.
“Mama rasa mama tak nak awak bertudung labuh lagi. Boleh ikut cakap mama?”
“Tapi ma, akak …”.
“Mama rasa akak pakai semata-mata ikut kawan, tunggu jelah bila akak dah besar. Sekarang ni akak muda lagi, masih belum waktunya. Mama rasa akak belum bersedia nak pakai secara total, entah entah masa akan datang akak tak nak pakai tudung labuh lagi. Tolonglah, tak usah lah nak bertudung labuh lagi, akak bukan budak sekolah agama, budak sekolah biasa je.”
Nada suara mama Farhanah yang agak tinggi ketika itu menyebabkan dia terkelu. Dia tak mampu berhujah, meskipun segala yang dikatakan oleh mamanya itu terlalu bercanggah dengan pendiriannya yang sebenar. Waktu muda sebeginilah sewajarnya remaja memperbaiki diri, bagaimana jika ajal menjemput kita di kala kita lalai pada usia remaja? Ajal itu tidak mengenal umur mama!
Apabila diimbas kembali, Farhanah sedikit kesal kerana gagal mempertahankan pendiriannya, mahu saja dia meluahkan segala yang terbuku di lubuk hati. Mahu sahaja dia mengadu kepada ayah, tetapi rasa berat hati kerana ayahnya berada di luar negara menguruskan krisis kerja. Takut menambahkan tekanan ayah tercinta, lagi pula dia rasa masih mampu memujuk mamanya. Dia juga tahu kalau ayah malas mahu bertelagah dengan mama.
“Akak! Cepatlah, giliran akak ni.” Aisyah merungut melihat kakaknya mengelamun.
Humaiya tersentak.
“Oh, maafkan akak ya. Akak dah takde mood nak main. Sambung nantilah.”
Aisyah mengeluh panjang.
Farhanah turun ke dapur untuk meneguk secawan air. Air mukanya berubah apabila melihat mamanya di dapur. Dia segera mengalihkan pandangan supaya tidak bertembung mata dengan mamanya. Mamanya cuba mencari perhatian Farhanah, tetapi gagal.
"Farhanah! Kenapa bermasam muka dengan mama? Farhanah mahu jadi anak derhaka ke!.”
Farhanah tersentak. Mamanya tiba-tiba melenting.
“Akak minta maaf … akak tak bermaksud nak…”
“Itulah Farhanah! Taksub sangat nak bertudung labuh! Kenapa susah sangat nak patuh apa yang mama tak kasi buat!”
Belum sempat Farhanah berkata kata, mamanya kembali melenting. Farhanah segera beredar ke bilik, tangisannya menjadi semakin esak. Aisyah terkejut melihat reaksi kakaknya yang sedemikian tetapi tidak berani menegur. Dia segera keluar dari bilik, memberi privasi kepada kakaknya.
“Maafkan akak ma..akak tak bermaksud nak jadi anak derhaka…”
Tangisan Farhanah makin laju, mukanya disembam ke bantal. Dia memerlukan kata-kata penguat, kata-kata nasihat bagaimana dia mahu mengendalikan masalah ini. Keyakinan Farhanah runtuh menghempap bumi. Hatinya terluka apabila digelar sebegitu oleh mamanya. Rasa kesal menyelubungi diri.
“Urghh, tak patut aku bermasam muka!.”
Dia teringat nasihat ustazahnya di sekolah yang menasihatinya supaya jangan sekali-kali menunjukkan sikap derhaka kepada ibu bapa walaupun kadang-kadang kita tak sehaluan dengan mereka. Farhanah beristighfar. Menyesali diri. Dia sepatutnya bersabar, memohon kepada Ya Rabb supaya melembutkan hati mamanya. Dia menghentikan tangisnya sambil membetulkan duduk di atas katil.
“Aku kena betulkan keadaan.”
Farhanah nekad.
* * * * * * *
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami mamanya. Farhanah menyelinap masuk ke dalam bilik mamanya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah mamanya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Farhanah. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Surat itu dilipat rapi setelah berulang kali dibaca, bagi memastikan susunan ayat diatur sempurna. Supaya mudah difahami mamanya. Farhanah menyelinap masuk ke dalam bilik mamanya, jam dinding yang tergantung dipandang sekilas. Dua pagi. Diperhatikan pula wajah mamanya yang sedang diulit mimpi, timbul rasa kasihan dalam hati Farhanah. Sudah masuk dua minggu mamanya tidur sendirian dek kerana ayahnya yang berada di luar negara.
Dia segera mempercepat langkah, namun dengan berhati-hati supaya mamanya tak terjaga. Gayanya seperti pencuri yang memecah masuk ke rumah orang. Surat dalam genggamannya segera diletakkan di atas meja solek mamanya .
“Harap harap mama baca lepas aku pergi besok…”, monolog Farhanah.
Awal pagi berikutnya Farhanah segera bersiap. Setelah usai dia segera berjalan keluar dari rumah dengan langkah yang berat.
* * * * * *
“Farhanah ….”.
Mama Farhanah menitiskan air mata membaca surat Farhanah. Surat itu menjelaskan segala isi hati Farhanah, mama Farhanah sedikit kesal kerana menegah anaknya daripada melakukan perkara yang baik. Kesal kerana dia sentiasa mempersoalkan perbuatan mahmudah dan bukannya mempersoalkan perbuatan mazmummah. Titisan demi titisan air mata jernih berderai turun di pipinya…
* * * * * *
Waktu kelihatan sudah hampir melepasi tengah hari. Kelihatannya Farhanah dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai latihan bola jaring di sekolah. Walaupun sedang musim cuti persekolahan akhir tahun, pasukan sekolahnya kekal aktif supaya dapat bersedia sebaik mungkin untuk perlawanan pada musim persekolahan tahun depan.
“Assalamualaikum! Farhanah dah balik!”
Farhanah membuka tali kasutnya lalu memasuki pintu rumah .
“Eh, akak dah balik. Penat latihan bola jaring tadi?”soal Aisyah.
“Penat sangat…”
“Ohh, akak mesti lapar kan? Mama masak special untuk akak tau.”
Farhanah senyum girang. Kelihatan mamanya berjalan menuju ke arahnya lalu memeluknya erat.
Mama minta maaf…mama tak patut halang Farhanah, lagipun kalau Farhanah pakai macam tu terjagalah sikit anak mama ni…”
Alhamdullilah ! Satu lafaz syukur diucapkan .
“Farhanah pergilah masuk bilik, tengok ada apa atas katil.”
Farhanah terus mengatur langkah laju ke biliknya, sebaik membuka pintu dia terlihat sehelai tudung labuh di atas katil. Tudung labuh berwarna krim dan masih berbau kedai. Kelihatan ada sehelai nota di atasnya .
“Sehelai Tudung Labuh”
from mama
from mama
Farhanah tersengih.

No comments:
Post a Comment