-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Sunday, July 27, 2014

Andai ada yang mengerti..

                                  ANDAI ADA YANG MENGERTI…

                             Aku hanya aku…aku hanya seorang insan yang bernama NurAfifah… walaupun punya keluarga… namun.. tetap hati ini menafikan kewujudan keluarga…KELUARGA SAKINAH MAWADDAH WA RAHMAH… tak pernah pun hinggap pada keluargaku… betapa sukarnya hidup dalam keluarga yang dilanda ribut…


                   Ayah… setiap perkataannya pasti mencalar hati… pasti membuatkan ibu menitiskan air mata… setiap perkara pasti hendak menang… terkadang… saat amarahnya menggunung… bermacam-macam kata nista yang dilempar… pada anak.. mahupun ibu…pandangan matanya yang tajam…cukup membuatkan kami faham bahawa ayah tidak suka…walau seburuk mana pun dia… kasih sayangnya tetap dia curahkan sebagai seorang ayah…

                   Ibu…emosinya mempengaruhi rumah tangga… yang tidak bersalah dijerkah… yang bersalah dimarahi tak henti-henti…yang pasti… selalu bergaduh dengan ayah…sifat ibu yang satu ini telah kuserap dalam diriku tanpa sedar… kini… aku hidup dalam sifat ’emo’ ibu… bukan kerna aku seorang perempuan… tapi kerna didikan sedari kecil…namun… insan itu tetap ibuku…

                  Adik…namanya Nur Aina Mursyidah…sifatnya sering melukakan hati kedua orang tuaku… sanggup men’jerkah’ ayah jika apa yang dilakukan dikatakan salah…sering saja melawan kata ibu… disuruh melakukan sesuatu langsung tidak diendahkan… pernah aku meninggikan suara memarahinya kerna bertindak biadab dengan ayah… namun… aku yang dipersalahkan ayah… sikapnya benar-benar keterlaluan dan biadab…biarpun baru menginjak ke usia remaja…adik sudah pandai bersosial dengan kaum yang berlainan jantina dengannya…aku begitu risau dengan perangainya yang satu ini…biarpun begitu, dia masih adikku…
                 
                Kakak…pemilik nama Nur Ainul Husna…menggunakan kuasa vetonya untuk mengarahkan adik-adiknya melakukan kerja…amarahnya juga sama seperti ibu… jika adik tidak menolongnya…’volume’ suaranya akan naik mendadak seperti letusan gunung berapi…aku juga risau dengan pemakaiannya…sering sahaja memakai tudung atas dari paras dada…bajunya juga agak sendat…tetapi.. dia masih lagi kakak kandungku…

                   Aku... sifatku adalah campuran dari semua watak di atas… aku memiliki watak ibu,ayah,adik,dan juga kakak…akulah yang paling teruk antara semua… namun, sejak aku dimasukkan ke asrama beraliran tahfiz… perlahan-lahan semua sifat negatif itu aku buang…namun…keluargaku masih yang sama… tiada apa yang berubah…masih lagi seperti ribut… setiap hari… ada saja pertengkaran… ada saja taufan… ada saja gunung berapi meletus…bagaimana aku mahu merubah hidup keluargaku ini? Terkadang satu soalan menerpa minda? ‘kenapa kau yang harus ubah keluarga kau? Kenapa kau tak biarkan saja?’ persoalan ini sering timbul…aku membalas pertanyaan hati…’kerna aku satu-satunya ‘cahaya’ dalam keluarga ni… kerna aku satu-satunya budak tahfiz dalam keluarga ni.. aku nak beramal dengan ayat Quran yang aku hafal… mungkin dalam ahli keluargaku… hanya aku yang diberi kesedaran… aku tidak mahu sia-siakan peluang ini…Allah beri kesedaran ini kepadaku agar aku bertindak…’ itu jawapanku pada sang hati…aku harus bertindak…
          
                    Aku mulakan langkah… aku mula mengubah diriku sepenuhnya… aku putar perangaiku daripada 180 darjah terus ke 360 darjah…mungkin dengan perubahan ini dapat menjadi ‘qudwah’ buat keluargaku… seterusnya perlahan-lahan aku selak sirah manusia teragung… menyingkap cara Rasulullah mendidik keluarga…

‘Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu’  Surah Al-Ahzab:21
                       
                  Sejak aku tamatkan hafazan dan pengajianku di Maahad Tahfiz Sains Teknologi Malaysia,aku meneruskan perjalanan pengajianku ke Turki…Aku telah menerima biasiswa…semua duit biasiswa itu aku korbankan untuk membeli buku-buku ilmiah buat keluarga di Malaysia… kata temanku, itu adalah salah satu cara untuk mentarbiyyah manusia… aku bersetuju dengan pendapatnya…sememangnya ahli keluargaku ulat buku… aku kerap pulang ke Malaysia kerana aku manggalas tanggungjawab pada keluarga…setiap kali aku pulang ke Malaysia… aku melihat ada sedikit perubahan…Alhamdulillah… sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit… usahaku untuk merubah keadaan keluargaku tidak setakat terhenti di tengah jalan… perlahan-lahan aku mengajak mereka bersolat jema’ah setiap hari…Ayah menjadi imamnya… kata murabbiku di Turki, solat berjemaah dapat membina kesatuan dalam keluarga… memang benar katanya…


             Aku mengajak mereka pergi ke ceramah-ceramah agama… aku mengajak mereka menonton video-video islamik… aku juga mengadakan usrah bersama keluargaku pada setiap malam Jumaat… sengaja aku mengadakan aktiviti itu pada waktu tersebut kerana ingin mengambil manfaat saiyyidul ayyam…penghulu segala hari…dengan kuasa veto yang ada pada diriku sebagai seorang kakak kepada adikku,Aina…aku menyuruh dia berbuat kebaikan dan melarangnya berbuat keburukan…aku menutup semua akaun sosialnya dan kukatakan padanya supaya dia tidak terleka dengan laman sosial sehingga mengabaikan pelajaran… sebagai seorang adik kepada kakakku Ainul pula, aku sering menasihatinya dengan lembut… aku menghadiahinya tudung labuh yang begitu cantik …aku juga sering memberikannya baju muslimah yang dibuat dari Turki di mana harganya mencecah ratusan ringgit…semua ini tidak lain hanya untuk membuatkan dia terbuka hati untuk melabuhkan hijab dan pakai mengikut syariat…

                   Sikap negatif setiap ahli keluargaku perlahan-lahan terkupas dari hati… aku bersyukur… tiada lagi hari-hari yang dihiasi dengan api kemarahan… tiada lagi kedengaran gunung berapi meletus… kini hanya tawa riang mengisi ruang… kuntum senyuman menggantikan wajah masam mencuka… aku juga tenang…hatiku bahagia punya keluarga seperti ini…namun… semua ini mungkin tidak dapat lagi ku kecapi… mungkin aku akan meninggalkan mereka selepas ini…penyakitku tidak dapat disembuhkan…aku hanya bergantung harap pada Allah agar dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan bersama keluargaku…keluargaku yang kini meniti landasan Syariah Islam yang benar… Sakinah,Mawaddah Wa Rahmah…Ya Allah… sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan… sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan… sampaikanlah aku pada bulan Ramadhan…Ya Rahman…Ya Rahim…




                                                                                                      Coretan hati
_________________________________________________________________________________

‘Kak Ainul. Kak Afifah dah banyak berkorban untuk kita sekeluarga…’Aina menangis tak henti-henti…

‘Aina,kita perlu berterima kasih pada dia..’Ainul merangkul pinggang Aina untuk memeluknya.
Kedua-dua beradik itu berjalan laju menuju ke bilik Afifah setelah mereka membaca coretan hati milik Afifah. Kelihatan ibu meriba Afifah manakala ayah,mak su dan pak su membacakan Yasin di sisi Afifah. Penyakit Leukimia yang dihidapinya semakin parah. Mukanya pucat lesi.

‘Kak Afifah! Maafkan Aina kak! Aina tak mampu nak balas budi kak… Kak jangan tinggal Aina..’ Aina meraung sekuat hati sambil memeluk tubu kurus Afifah yang terbaring di atas katil. Semua ahli keluarga mengalirkan air mata… sayu…

‘Adik…maafkan akak ye…terima kasih sebab datang dan bawa perubahan dalam keluarga ini…Allah dah makbulkan doa adik…adik nak keluarga bahagia kan? Keluarga kita dah bahagia dik…Alhamdulillah…’ Mutiara jernih gugur dari tubir mata Ainul. Pantas Ainul mengucup dahi adik pertamanya itu. Sebak. Seluruh keluarga berselubung kesedihan dan sayu.

‘Ibu,Ayah…halalkan makan minum Afifah ye… ampunkan segala dosa Afifah…Afifah banyak dosa dengan semua…Terima kasih ibu ayah sebab hantar Afifah ke sekolah Tahfiz…Ibu Ayah,izinkan Afifah untuk pergi…’ Dada Afifah mula berombak kencang. Ayah cepat-cepat mengajarkan dua kalimah syahadah. Ainul dan Aina meraung sekuat hati namun ditenangkan oleh mak su.

‘La ilaha IllaAllah… Muhammadur Rasulullahhh….’ Senyap. Tiada nafas dihembus. Bibir Afifah pucat. Dadanya kembali seperti biasa.

‘Innalillah’ Ucapan itu terlafaz dari bibir ayah. Dengan tenang ibu menutup wajah Afifah dengan kain putih. Aina jatuh terjelopok. Tidak dapat menerima hakikat bahawa kakaknya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Begitu juga dengan Ainul.
‘Ainul,Aina…jangan menangis saying… jangan siksa Afifah. Redhalah dengan pemergiannya. Allah sediakan syurga buat dia. Sudahlah…’ Ibu mententeramkan mereka.
‘Adikku Afifah…damailah kau di sana… moga kau peroleh mahligai di syurga…akhirnya sampai juga impian kau untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga…dan hari ini kau telah meninggalkan kami pada bulan Ramadhan hari Jumaat… hari yang paling kau suka…Ya Allah…kau rahmatilah Nur Afifah adikku…’ Kata-kata itu terbit di lubuk hati Ainul. Air mata terus mengalir laju.
‘Kak Afifah…Kami bahagia berkat usaha kak…terima kasih kak…’Aina menangis di sisi Ainul. Mereka berpelukan.
‘Kami sudah mengerti…’






Posted by Unknown at 7:55 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ▼  July (6)
      • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
      • Manusia B.I.A.S.A.
      • Tudung labuh...
      • KHAS Untuk AwaK..
      • Andai ada yang mengerti..
      • Ujian Cinta..
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.