-->

Sang Mujaddid

Tegakkan Islam Dalam Dirimu... Padukan Aqidah Dalam Hatimu... Pasakkan 'ALLAH' Dalam Setiap LANGKAHMU... TINGKAHMU... BICARAMU... PERBUATANMU... "ALLAHUAKBAR!! ALLAH YANG MAHA BESAR!!"

Thursday, September 18, 2014

J.a.W.a.P.a.N...



Seorang pemuda berjalan-jalan sambil memikirkan masalah yang dihadapinya. Puas dia bertanya kepada golongan bijak pandai di kampungnya. Namun,hampa. Tiada siapa yang dapat menjawab pertanyaannya itu. Semakin lama, hatinya semakin runsing. Dia teringat ketika suatu masa dahulu sebelum dia mendalami agama ini…

‘Aku Atheist. Tidak bertuhan. Ramai manusia sepertiku. Namun,aku merasa seolah-olah keseorangan. Aku sunyi. Aku tidak mempunyai tempat untukku meluahkan keperitan. Aku lihat ramai kawan-kawan Muslimku tenang menghadap tuhan mereka. Tatkala mereka bersolat, mereka meluahkan perasaan terhadap tuhan mereka sehingga mengalir air mata. Aku juga ingin merasai perasaan itu…’ Luah Felix kepada rakannya yang Muslim, Adam.

‘Kau mahu aku ajarkan kau tentang Islam?’ Soal Adam.

‘Tentu sekali sahabatku. Tapi, aku belum bersedia untuk menganutinya lagi’ Balas Felix.

‘Tidak,aku tidak akan memaksa kamu untuk menganuti Islam. Apabila kau sudah bersedia barulah kau anutinya. Allah,tuhanku berfirman bahawasanya tiada paksaan dalam agama. Kau tidak perlulah memaksa diri.’ Kata Adam.


‘Tapi, aku pelik. Kenapa kau mengajak aku kearah agama kau dengan begitu lembut? Aku tidak pernah dilayan sebegini baik. Maklumlah, aku Atheist. Semua orang bencikan aku. Tapi kau berbeza. Kau bawa aku ke rumah, kau beri aku makan, kau beri aku tempat tinggal, kau layan aku macam raja.’ Felix memegang bahu Adam. Mendapatkan kepastian.

‘Haha..Felix, tuhanku pernah berfirman : Ajaklah ke jalan tuhanmu dengan berhikmah dan bijaksana. Felix, Islam adalah agama yang menitikberatkan soal akhlak atau tingkah laku. Islam begitu menekankan adab dengan para manusia,haiwan bahkan alam sekitar yang barada di sekeliling kita. Lagipun, kau sahabat aku biarpun kita berbeza agama. Islam tidak membataskan kita untuk bersahabat dengan orng yang bukan muslim.’ Terang Adam panjang lebar. Felix kagum dengan cara penyampaian Adam yang sungguh jelas. Dia juga lebih tertarik dengan keindahan Islam yang ditunjukkan oleh Adam. Sungguh, hatinya terpaut pada Islam.

_________________________________________________________________________________


‘Adam, sekarang aku sudah menguasai asas Aqidah, Ibadah dan Akhlak dalam Islam setelah kau ajarkan kepadaku sejak 8 bulan yang lalu. Aku kini sudah bersedia memeluk Islam. Kau rasa apa nama yang sesuai untuk aku selepas peluk Islam?’ Felix berkata.

‘Alhamdulillah, akhirnya kau sudah bersedia sahabatku. Aku cadangkan kau letak nama Muhammad Felix bin Abdullah. Nama Muhammad tu agung. Nama junjungan Nabi S.A.W.’ Adam berkata seraya meletakkan tangannya keatas bahu Felix.

‘Nama yang sedap. Tapi, aku ada 3 soalan yang aku musykil. Kalau Allah itu wujud, apa buktinya? Apa pula yang di namakan takdir? Soalan terakhirnya, jikalau syaitan diperbuat daripada api, kenapa syaitan masih berasa sakit setelah dimasukkan ke dalam neraka?’ Soal Felix bersungguh-sungguh. Hanya persoalan itu yang menjadi penghalang untuk dia memeluk Islam.

‘Berkenaan soalan itu, aku meminta izin untuk menjawabnya esok. In Shaa Allah, jika diberi kesempatan, aku akan menerangkan kepadamu dengan terperinci. Sekarang sudah lewat malam. Aku perlu bangu awal untuk menunaikan qiamullail.’

‘Baiklah. Aku akan menunggumu.’ Kata Felix lalu menarik selimut menutupi tubuhnya. Seketika dia termenung. Lalu dia tertidur.

_________________________________________________________________________________

Dia masih teringat peristiwa 3 tahun dahulu. Begitu meruntun jiwa mudanya yang baru berusia 21 tahun. Ketika kejadian tragis itu, Felix baru berusia 18 tahun. Adam meninggal ketika bersujud pada hari yang Adam janjikan untuk menjawab persoalannya. Ketika itu, Adam sedang menunaikan Solat Sunat Hajat. Felix masih ingat keadaan mayat Adam yang berlumuran darah setelah ditikam oleh perompak yang datang merompak rumah Adam. Sedikit pun Adam tidak berganjak dari tempat sujudnya. Felix yang ketika itu dilanda ketakutan bersembunyi di bawah katil milik Adam. Dia hanya mampu memerhati nasib rakannya, Adam yang dibunuh oleh perompak. Felix tiada daya untuk melawan perompak yang bersenjata itu. Mengenangkan peristiwa itu, Felix menangis.

‘Nak kenapa menangis?’ Tiba-tiba seorang warga emas mendekatinya.

‘Adakah pak cik Muslim? ’Soal Felix tersedu-sedu. Perlahan-lahan dia berhenti menangis. Mungkin peluangnya untuk mendapat jawapan kepada pertanyaannya. Felix tidak pasti sama ada warga emas ini boleh membantunya atau tidak.

‘Ya, pak cik Muslim. Pak cik Imam di masjid sana.’ Kata warga emas itu sambil menuding jari ke arah sebuah masjid berwarna kuning di hujung jalan kampung ini.

‘Sebenarnya pak cik, saya ini berjalan ke serata tempat mencari kebenaran dan kepastian bagi tiga soalan saya. Saya belum lagi Muslim, tapi jika persoalan saya terjawab, saya akan memeluk Islam.’ Kata Felix sambil mengelap sisa tangisannya yang berbaki.

‘Anak jangan risau. In Shaa Allah pak cik akan bantu. Sekarang anak ikut pak cik balik rumah. Kita makan dulu makanan yang dimasak oleh isteri pak cik. Anak nampak macam dah banyak hari tak makan.’ Pinta warga emas itu. Felix mengikuti jejak langkah warga emas itu walaupun hatinya meruntun tidak mahu pergi. Tetapi, demi menjaga hati warga emas itu, Felix akur tanpa banyak soal. Sesampainya Felix ke rumah warga emas itu, dia terlihat sebatang tubuh berjalan di hadapannya.

‘Felix, itu anak pak cik. Namanya Hazirah. Yang berada di dapur itu isteri pak cik. Panggil saja dia mak cik Syafiqah. Nama pak cik pula ialah Zulqarnain. Orang kampung panggil pak cik Zul saja.’ Mata Felix tidak berganjak dari melihat Hazirah. Gadis itu benar-benar memikat hatinya. Lamunannya terhenti setelah mak cik Syafiqah membawa dulang berisi makanan kea rah Felix.

‘Makan bagi kenyang ya nak.’ Pelawa mak cik Syafiqah. Felix lantas berterima kasih kepada mak cik Syafiqah. Felix makan dengan penuh beradab sepertimana yang diajarkan oleh Adam suatu ketika dahulu. Usai makan, Felix berbual-bual bersama pak cik Zul di halaman rumah.

‘Pak cik, saya ingin bertanya tiga soalan yang begitu merunsingkan hati saya. Sudah ramai bijak pandai dan professor yang saya temui. Semuanya tidak membawa kepuasan kepada hati saya. Bolehkah pak cik menolong saya?’ soal Felix kepada pak cik Zul.

‘Pak cik kagum dengan kesungguhan anak. In Shaa Allah, pak cik akan menjawab pertanyaan itu. Kemukakanlah soalan itu.’ Felix berharap agar jawapan pak cik Zul dapat menenangkan hatinya.

‘Pak cik, jikalau Allah itu wujud, apa buktinya, kenapa kita tidak nampak Allah? Saya pernah terbaca di dalam sebuah buku tentang takdir. Apa pula yang dimaksudkan dengan takdir? Soalan terakhirnya, jikalau syaitan diperbuat daripada api, mengapa  syaitan masih berasa sakit setelah dimasukkan ke dalam neraka? Saya harap pak cik dapat menjawab soalan saya.’  Bersungguh-sungguh Felix bertanya. Pak cik Zul pula lama berdiam diri. Tiba-tiba, Pak cik Zul menampar pipi Felix dengan kuat.

‘Mengapa pak cik menampar saya? Adakah saya telah melakukan satu kesilapan besar?’ Felix terkejut dengan tindakan pak cik Zul. Dia memegang pipinya yang masih bersisa sakit. Felix menanti jawapan dari pak cik Zul dengan sabar.

‘Maafkan pak cik, nak. Anak tidak melakukan apa-apa kesilapan pun. Tetapi tamparan itu merupakan jawapan bagi ketiga-tiga soalan anak.’ Senyum pak cik Zul.

‘Jawapan? Tapi, saya masih tidak mengerti.’ Bersungguh-sungguh Felix bertanya. Belum pernah lagi orang lain menjawab pertanyaannya dengan sebuah tamparan.

‘Biar pak cik terangkan. Anak berasa apa ketika pak cik tampar tadi?’ Soal pak cik Zul.

‘Saya berasa sangat sakit, pak cik.’ Jawab Felix sambil memegang pipinya yang sudah agak surut sakitnya.

‘Jadi, anak percaya bahawa sakit itu ada, betul?’

‘Ya, pak cik. Saya percaya bahawa rasa sakit itu ada’ Felix semakin tertarik dengan penerangan yang diberikan oleh pak cik Zul. Dia tidak sabar untuk mendengar penjelasan selanjutnya.

‘Kalau begitu buktikan kepada pak cik kewujudan sakit itu.’ Pak cik Zul menyoal Felix dengan lemah lembut.

‘Tak mungkin pak cik. Bagaimana saya mampu lakukan semua itu.’ Jawab Felix hampa. Mungkin kerana dia tidak dapat memenuhi permintaan pak cik Zul.

‘Itulah jawapan bagi soalan pertama, Felix. Kita semua dapat merasai kewujudan Allah. Tapi, kita tak boleh melihat Allah. Hanya manusia yang diizinkan oleh-Nya sahaja yang boleh melihat Nya.’ Felix mengerti. Pak cik Zul meneruskan jawapan yang kedua.

‘Anak ada bermimpi atau terfikir bahawa anak akan di tampar oleh pak cik pada hari ini?’ Soal pak cik Zul.

‘Tidak langsung, pak cik.’ Sememangnya Felix tidak pernah terfikir tentang ini. Perbuatan pak cik Zul begitu memeranjatkannya.

‘Nah, itulah yang di namakan takdir. Anak mengerti? Jawapan yang ketiga pula. Anak tahu tangan pak cik diperbuat dari apa?’

‘Ya, saya tahu. Tentunya tanah.’ Felix sudah tahu jawapannya kerana dia pernah mempelajari bersama Adam dahulu.

‘Ya. Tepat sekali. Pipi anak pula diperbuat daripada apa pula?’ Pak cik Zul menyentuh pipi Felix lembut.

‘Tanah, pak cik.’

‘Benar apa yang anak bicarakan itu. Bukankah tangan pak cik dan pipi anak diperbuat dari bahan yang sama? Dan anak masih berasa sakit, kan? Begitu juga dengan syaitan. Jika Allah menghendaki, api  neraka yang sama bahan dan jenis dengan syaitan boleh menghancurkan badan syaitan dengan  selumat-lumatnya. Sekarang, anak sudah jelas?’ terang pak cik Zul panjang lebar. Felix hanya mengangguk. Terpaku dengan jawapan yang begitu menarik hatinya untuk memeluk Islam.

‘Pak cik. Saya ingin peluk Islam sekarang. Saya sudah bersedia. Saya ingin menggunakan nama Muhammad Felix b. Abdullah.’ Felix berdiri mengahadap pak cik Zul.

‘Syukur Alhamdulillah. Nanti wakti selepas Isyak, kita buat doa selamat sikit, ya. Sekarang anak ikut pak cik ke masjid. Pak cik akan Islamkan anak di sana.’ Ajak pak cik Zul.

_________________________________________________________________________________


‘Awak nak namakan anak kita apa, hazirah?’ Felix mendukung anaknya yang baru sahaja lahir. Felix menikah dengan Hazirah sebulan selepas keislamannya. Memandangkan dia tidak mempunyai ibu bapa, maka dia telah tinggal di rumah pak cik Zul sambil belajar tentang agama Islam bersama pak cik Zul. Dalam tempoh itulah, Felix menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Hazirah. Kini, mereka hidup sebagai sebuah keluarga yang bahagia.

‘Boleh tak saya nak namakan dia Muhammad Adam b. Muhammad Felix?’ dengan lembut Hazirah bertanya kepada suaminya. Felix sebak. Air matanya mula bergenang. Peristiwa lama benar-benar merenggut hatinya. Dia teringat tubuh rakannya, Adam yang dibunuh dengan sadis.

‘Awak? Kenapa awak menangis?’ Soal Hazirah sambil menggenggam erat tangan Felix.

‘Saya teringat kisah lama. Walau apa pun, saya setuju dengan nama itu. Sedap.’ Mereka berdua ketawa. Felix berasa bahagia berada dalam nikmat Islam kini. Dia juga bahagia memperoleh isteri solehah seperti Hazirah. Alhamdulillah.




                                         ustaz haslin bollywood-hargai nikmat islam dan iman                      
             
                                                 



    
Posted by Unknown at 6:17 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Menelusuri diri

Unknown
View my complete profile

Ramainya...

tomcat hosting | java hosting

Apa yang TELAH TeRjAdI paDA BLog iNi????

  • ►  2016 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2015 (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2014 (27)
    • ►  December (8)
    • ►  October (2)
    • ▼  September (3)
      • J.a.W.a.P.a.N...
      • Surat Dari Anak Mak Yang Tak Degil Lagi...
      • Perajurit Lama
    • ►  July (6)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)

GAZA..



Cute Bow Tie Hearts Blinking Blue and Pink Pointer

Jerit Kat Sini Yerrrr..

BILAKAH LAGI??

Belum tibakah saatnya tentara dari negeri-negeri islam bersatu untuk melibas musuh-musuh Allah? Dimanakah para penerus Hamzah sang singa Allah? Dimanakah para pengganti Khalid si pedang Allah? Dimanakah kaum hawari (penolong) yang akan menggantikan posisi Zubair? Dimanakah para panglima islam yang akan menyambung perjuangan Zaid, Ja’far, dan Ibnu Rawahah? Dimanakah para penguasa islam yang akan membina Khilafah Islam di dunia??!

get this

Tegakkan Islam!!!

The Most Popular Posts

  • Ujian Cinta..
    ' Hanis ,datang sini tengok rancangan yang kau minat sangat tu...Khalifah Muda!' Jerit Nabila , kakak kandung Hanis .  'Ye kak...
  • Sahabat Selamanya
    Di awal detik permulaan kita tidak saling bersamaan, di awal detik perkenalan kita tidak saling menyatukan, di awal detik pertemuan kita ...
  • Layakkah aku mencintai orang soleh?
                     Pinggir Sungai di Oxford ini cukup damai. Burung-burung terbang berkicauan. Sinar mentari lembut membasahi alam di pagi in...
  • SaKiT...
    Di sebuah sekolah agama berasrama penuh di daerah 'sekian sekian..' tinggallah 100 orang pelajarnya di sekolah tersebut... di hadapa...
  • SAHABAT Seperjuangan
                                                                                             Sahabatku, Daerah kita daerah perjuangan, P...
  • J.O.D.O.H......
    Ya Allah, izinkan aku mencintai seseorang dan juga utk dicintai oleh seseorang.. aku bukanlah seorang yg sempurna, tetapi aku  berusaha utk...
  • kekasih atau agama
    Anis Nabilah lahir dalam keluarga yang sederhana. Baling ialah tanah tumpah darahnya. Dia di kenali penduduk kampung sebagai seorang gadis ...
  • Layakkah kita bergelar SAUDARA??
    Umi!!!!” Khalid menjerit nyaring. Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di seb...
  • Kasih Kerana Allah
    Usai kerja untuk hari itu.  Ainil  menarik nafas lega. Dia masih baru di syarikat itu. Tatkala diterima berkerja di situ, dia segera menguc...
  • Derita Sebenarnya
    Segalanya terasa kelam. Zulmat. Jiwanya terasa kosong. Perlahan-lahan kata-katanya tadi itu terngiang-ngiang di telinganya… “ Ini perjuan...
java web hosting glassfish hosting
Google Follower

counter
Picture Window theme. Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.